skip to Main Content

BUMI MAKKAH YANG DIRINDUI

Siapa sangka tempat yang jauh beribu-ribu batu inilah paling dekat berada dalam hati kita. Saban hari asyik teringat. Sesetengah orang hanya memandangnya sebagai bangunan biasa. Namun bagi kita, ia lebih daripada itu.

Di sanalah segala cinta berputik.

Di sanalah amalan kebajikan dilipat gandakan Tuhan.

Di sanalah tempat Sang Rasul berdakwah siang dan malam.

Di sanalah sumber kisah-kisah yang disebutkan dalam al-Quran dan hadis.

Di sanalah terasa damainya walau tenggelam dalam lautan manusia yang berjuta.

Inilah kota yang didoakan oleh bapa kita semua, Nabi Ibrahim AS suatu ketika dahulu. Sehingga diabadikan oleh Sang Rabb di dalam al-Quran.

“Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah), sebuah negeri yang aman dan jauhkanlah aku berserta anak cucuku dari menyembah berhala-berhala.”

Itulah.

Najmi Farisham,
Moga rindu dan cinta ini tidak akan padam.

 


 

Sumber : facebook Najmi Farisham

Pakej Umrah & Haji Terkemuka di Malaysia
Platfrom inisiatif untuk membantu para bakal jemaah haji dan umrah yang dibangunkan oleh Akram Afifi Holdings Sdn Bhd. Ikuti kami di media sosial yang tertera di bawah.

Copyright © umrahhaji.com - All Rights Reserved.

Back To Top