11 TIPS TAK TERSILAP PILIH HOTEL UNTUK TRIP DIY TERUTAMA DI MADINAH


11 tips tak tersilap pilih hotel untuk trip DIY terutamanya di Madinah

Bila travel secara DIY, antara part paling exciting adalah booking hotel. Maryam nak share beberapa tips tentang hotel, tapi untuk post kali ni Maryam share dulu cara booking hotel dengan betul.

Ada banyak cara nak booking hotel secara online menggunakan web/apps seperti Agoda, Booking dan lain lain. Tapi Maryam paling selesa guna Booking sebab harganya memang ok, customer service juga ok. Rasanya dah 10 tahun Maryam booking hotel around the world menggunakan apps ni.

Follow 11 tips ni:

  1. Window shopping

Orang perempuan kan suka window shopping πŸ˜† So bila gunakan Booking, kita boleh window shopping hotel EVERY DAY. Kalau plan nak pergi umrah 6 bulan lagi, setiap hari boleh survey harga hotel untuk cari harga termurah. Buka je phone, pergi le website Booking dan masukkan detail (rujuk gambar 1). Tak perlu call hotel untuk tanya harga pakej.

  1. Lihat 🌟🌟🌟🌟🌟 dan rating dari pengguna.

Review sangat penting. Ada hotel bertaraf 5 bintang tapi berdasarkan review, rating agak rendah. Baca review untuk dapat gambaran hotel tersebut seperti kebersihan bilik, staff mesra atau tidak, makanan sedap ke etc. (Gambar 2)

  1. Pilih hotel yang kita rasa menarik. Lihat lokasi. Ini saaaangattt penting terutamanya di Madinah. Sebab apa? Sebab di Madinah ni, banyak hotel hampir sama

Contoh:

Intercontinental Darul Iman (depan masjid)
Intercontinental Darul Taqwa (depan masjid)
Intrcontinental Darul Hijra

Movenpick
Movenpick Anwar (depan masjid)

Jangan tersilap pilih yang jauh dari masjid ye.

  1. Lihat keadaan sebenar melalui map

Bila kita lihat lokasi pada MAP (Gambar 3) insyaAllah kita pilih lokasi yang betul. Bila lihat map juga, kita dapat gambaran keadaan di tempat sebenar.

Contohnya kita ingin cari hotel depan masjidin nabawi. Melalui map, kita nampak sama ada hotel tersebut betul2 depan masjid atau perlu lintas jalan etc . (Gambar 4)

  1. Zoom-in map untuk lihat dengan lebih terperinci bangunan, jalan etc
  2. Survey hotel2 sekitar dengan menekan pada tanda harga yang dipaparkan dalam Map

Anda boleh juga nampak hotel2 yang berdekatan dalam kawasan tersebut. Ini cara mudah untuk survey hotel lain dalam kawasan spesifik yang kita dah sasarkan

  1. Free cancellation

Bila nak pilih bilik, pastikan pilih yang ada tulis FREE CANCELLATION. Waktu sekarang lebih lebih lagi penting sebab kita takut trip terpaksa dibatalkan disebabkan oleh travel ban etc. Jadi taklah duit kita burn.

Pastikan alert juga dengan tarikh untuk cancel tanpa bayaran. Biasanya boleh cancel tanpa caj selama 48 jam sebelum tarikh kita sepatutnya check in.

  1. No prepayment- booking tanpa bayar

Ada juga hotel yang berikan pilihan no prepayment. Maksudnya anda boleh booking dengan meletakkan butiran credit/ debit card sahaja dulu tanpa membuat bayaran sekarang

  1. Breakfast or no breakfast?

Pastikan anda alert dengan pilihan bilik yang dibuat sama ada termasuk harga breakfast atau tidak. Bilik yang sama jenis akan berbeza harga dengan breakfast atau tanpa breakfast. Ada juga yang include dinner sekali.

  1. Number of people πŸ§‘β€πŸ¦²πŸ§‘β€πŸ¦²

Ini pun penting sangat. Harga bilik adalah untuk jumlah person yang anda booking.

Contoh anda booking 2 adult untuk bilik yang include breakfast. Jadi harga bilik tersebut termasuk breakfast untuk 2 dewasa. Jika anda bawa anak yang berumur lebih 5 tahun, nanti mereka tak dapat tiket untuk breakfast. Jadi anda kena tambah bayaran lain di hotel untuk breakfast mereka. Kebiasaannya lebih murah untuk terus bayar breakfast dalam booking.com berbanding di hotel. Jadi book untuk number yang betul ye πŸ™‚ Melainkan jika anda hanya mahukan bilik sahaja, boleh booking dengan number of person yang tidak tepat. Ada hotel yang strict especially di europe sebab kita kena bayar tax per person. Itu boleh deal di hotel untuk tambah bayaran tax.

  1. Alert dengan tax dan charges

Ada yang harga murah tapi tax mahal. Ada harga nampak mahal tapi dah inclusive of tax and charges. So bila nak estimate harga bilik, pastikan kira jumlah harga bilik + tax and charges ye (gambar last)

Sekian dari Maryam yang hampir setiap hari window shopping survey hotel around the world hahaha. Berangan kan free.

Nak lagi banyak travel tips, jom join t.me/maryambigadventure

Sumber : facebook Maryam Aziz

Untuk info lebih lanjut Panduan Umrah dan Haji yang lengkap dan terkini, download aplikasiΒ UmrahHaji.comΒ di GooglePlay, Apple Appstore, dan Apps Galeri

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *