skip to Main Content

MAHU BERSAMA SIAPA DI HARI KIAMAT? FIR’AUN, QARUN, UBAY BIN KHALAF?

 

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرٍو، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ: ذَكَرَ الصَّلَاةَ يَوْمًا، فَقَالَ: 

Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bahawa pada satu hari, Nabi s.a.w menyebutkan tentang solat. Baginda bersabda:

مَنْ حَافَظَ عَلَيْهَا كَانَتْ لَهُ نُورًا، وَبُرْهَانًا، وَنَجَاةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Sesiapa yang menjaganya, dia akan mendapat cahaya, petunjuk, dan keselamatan di hari kiamat.

 وَمَنْ لَمْ يُحَافِظْ عَلَيْهَا لَمْ يَكُنْ لَهُ نُورٌ، وَلَا بُرْهَانٌ، وَلَا نَجَاةٌ ، 

Sesiapa yang tidak menjaganya, dia tidak akan mendapat cahaya, tidak mendapat petunjuk, dan tidak mendapat keselamatan.

وَكَانَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَعَ قَارُونَ، وَفِرْعَوْنَ، وَهَامَانَ، وَأُبَيِّ بْنِ خَلَفٍ

Pada hari kiamat dia akan bersama Qarun, Fir’aun, Haman, dan Ubay bin Khalaf. [Musnad Ahmad, no: 6576, Al-Arna’ut berkata Isnadnya hasan].

Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah menerangkan hadis ini:

 وفيه نكتة بديعة وهو أن تارك المحافظة على الصلاة إما أن يشغله ماله أو ملكه أو رياسته او تجارته 

Pada hadis ini terdapat perkara-perkara yang sangat menarik. Iaitu orang yang tidak menjaga solatnya adalah sama ada disebabkan oleh kesibukan dengan hartanya, atau kerajaannya, atau kekuasaannya, atau perniagaanya.

فمن شغله عنها ماله فهو مع قارون

Sesiapa yang hartanya menyibukkan dia daripada menjaga solat, maka dia akan bersama Qarun.

 ومن شغله عنها ملكه فهو مع فرعون

Sesiapa yang pemerintahannya menyibukkan dia daripada menjaga solat, maka dia akan bersama Fir’aun.

 ومن شغله عنها رياسة ووزارة فهو مع هامان

Sesiapa yang kekuasaan atau jawatan menterinya menyibukkan dia daripada menjaga solat, maka dia akan bersama Haman.

 ومن شغله عنها تجارته فهو مع أبي بن خلف 

Sesiapa yang perniagaannya menyibukkan dia daripada menjaga solat, maka dia akan bersama Ubay bin Khalaf.

[Al-Solah wa Hukm Tarikiha, 63-64].

 


 

Sumber : Telegram Ust Mohd Masri Mohd Ramli

Pakej Umrah & Haji Terkemuka di Malaysia
Platfrom inisiatif untuk membantu para bakal jemaah haji dan umrah yang dibangunkan oleh Akram Afifi Holdings Sdn Bhd. Ikuti kami di media sosial yang tertera di bawah.

Copyright © umrahhaji.com - All Rights Reserved.

Back To Top