Mukadimah Alhamdulillah, pada tahun ini iaitu pada 1439 H bersamaan 2018 masihi, acara manasik haji…

JEMAAH LELAKI BERNIAT IHRAM DI MIQAT TANPA PAKAIAN IHRAM
Jemaah lelaki berniat ihram di miqat tanpa memakai pakaian ihram kerana menghadapi masalah dengan pihak berkuasa. Jika berpakaian ihram ia akan menyebabkan jemaah tersebut tidak boleh memasuki Makkah. Dalam masalah ini dibolehkan tidak memakai pakaian ihram kerana masyaqah tersebut dan dikehendaki memakai pakaian ihram dengan segera apabila ia tiba di bangunan penginapan di Makkah. Dia tidak berdosa tetapi dikenakan dam takhyir dan taqdir. Sekiranya ia melengah-lengahkan menukar pakaian ihram, dia berdosa.