skip to Main Content

APLIKASI QUR’AN UNTUK ANDROID

Saya yakin sangat, ramai dah muat turun dan guna aplikasi Quran For Android di telefon masing-masing. Saya sendiri pun ada guna. Hihi. Desainnya lawa, tambahan boleh dengar bacaan imam yang berbagai di samping ada pelbagai kitab tafsir yang boleh dibaca.

Cuma, kalian tahu dah ke?

Yang Quran For Android ini ada menyediakan 3 desain corak muka surat dan tulisan yang berbeza. Semuanya cantik dan menarik. Sedap matalah ketika membacanya.

Ketiga-tiga desain baru ini sebenarnya merupakan khat tulisan rasmi bagi Mushaf Madinah. Skrip yang digunakan ini diambil dari Kompleks Percetakan Al-Quran Malik Fahd yang bertempat di Madinah, Arab Saudi.

Versi bagi tiap desain ini sedikit berbeza dari sudut khat, susunan tulisan dan hiasan bingkai sekeliling.

  1. Mushaf Madani Klasik (Default design bagi aplikasi ini)
  2. Mushaf Madani 1429H
  3. Mushaf Madani 1441H

Bagi mereka yang dah terbiasa dengan membaca al-Quran dari Mushaf Madinah, sudah pasti kemaskini terbaru ini menggembirakan hatinya.

Untuk pengetahuan semua, Mushaf Madinah inilah yang digunakan secara rasmi di Haramain. Dan kini ia telah diagihkan ke serata dunia. Mereka yang pernah buat haji dan umrah, biasanya akan dihadiahkan sebuah sebelum berangkat pulang ke tanah air.

Jadi, apa lagi? Cubalah tukar dan pilih desain mana yang kalian suka dan selesa dengannya. Yang belum ada, lekaslah muat turun ke telefon masing-masing.

Klik di sini: https://play.google.com/store/apps/details…

Sumber Facebook : Najmi Farisham


Pakej Umrah & Haji Terkemuka di Malaysia
Platfrom inisiatif untuk membantu para bakal jemaah haji dan umrah yang dibangunkan oleh Akram Afifi Holdings Sdn Bhd. Ikuti kami di media sosial yang tertera di bawah.

Copyright © umrahhaji.com - All Rights Reserved.

Back To Top