skip to Main Content

PASAR BASAH TANAH ARAB

Hari Jumaat begini, eloklah kita pergi jenguk-jenguk pasar basah. Pelan-pelan berkenal-kenalan dengan segala jenis ikan yang ada. Nanti kalau bini suruh beli ikan, macam mana? Kihkih.
Biasa kami panggil tempat ini Souq Samak ataupun Halagah.

Dia punya pilihan sangat banyak woih. Dari ikan warna putih, merah, biru, semua adalah. Ikan-ikan yang aku tak tahu nama pun ada.
Daripada sotong terus ke udang. Semua jenis ada. Memang cuci mata sungguh orang kata. Hihi.

“Tapi dari mana mereka dapat ikan-ikan tu semua? Madinah bukannya ada laut.”

Ha sebenarnya segala hidupan laut yang dijual di sini banyak diangkut dari Yanbu.
Sebuah kawasan perindustrian yang jauhnya kira-kira 200 kilometer lebih dari Madinah. Dekat sini ada pantai dan laut.
Kebanyakannya memang dari sinilah. Selain itu, ada juga dari Jubail dan tempat-tempat lain.

Adalah waktu-waktu yang tertentu, stok ikan-ikan yang segar sampai ke pasar basah ini. Ketika itu memang ramailah penduduk setempat yang
datang memborong untuk dijadikan lauk-pauk masakan di rumah. Meriah!

Jangan ingat Tanah Arab ini hanya padang pasir semata-mata saja woih. Mereka pun ada sungai, laut dan pantai.
Dah dah, marilah ‘jalan-jalan’ sama-sama dalam pasar ini. Jom!

Itulah.

Sumber facebook : Najmi Farisham


 

Pakej Umrah & Haji Terkemuka di Malaysia
Platfrom inisiatif untuk membantu para bakal jemaah haji dan umrah yang dibangunkan oleh Akram Afifi Holdings Sdn Bhd. Ikuti kami di media sosial yang tertera di bawah.

Copyright © umrahhaji.com - All Rights Reserved.

Back To Top