skip to Main Content

ADA APA DENGAN JANGGUT?

Artikel ini adalah teguran suci kepada wanita yang dah bersuami dan bakal bersuami, dan peringatan kepada lelaki bujang, bakal berkahwin dan telah berkahwin berkenaan berjanggut.

HUKUM RINGKAS BERJANGGUT.

1. Berjanggut adalah sunnah Nabi, para sahabat. Berjanggut adalah imej Muslim menyelisihi Yahudi dan Nasara dan disebut dalam hadith seperti di bawah.

I. Cukurlah misai kalian dan biarkanlah janggut kalian (panjang).
(HR. Bukhari: 5443)

II. Potonglah misai dan biarkanlah janggut. (HR. Muslim: 380)

2. Hukumnya wajib bagi fuqaha’ dan sebahagian ulama’ mazhab Syafi’ie.

3. Hukumnya adalah sunat sebagaimana daripada ulama’ Mazhab Syafi’e. Namun sunat bukanlah kalau tak buat tak dapat apa tapi sebenarnya tak buat rugi besar tak dapat pahala.

4. Ada ulama’ mengharamkan mencukur janggut.

ORANG LELAKI BETULKAN NIAT, WANITA PULA FAHAMI INI BETUL-BETUL.

1. Orang lelaki yang berjanggut betulkan niat iaitu berjanggut kerana mengikut sunnah. Bukan ikut artis ataupun trend.

2. Orang lelaki berjanggutlah kerana sunnah, bukan kerana slogan ‘real man with beard / or bearded’ atau slogan tertentu. Kerana Nabi suruh kita pelihara janggut (bagi yang berjanggut), Nabi tidak suruh atau paksa untuk kita berusaha tumbuhkan janggut kerana ada orang yang genetik tidak berjanggut ataupun janggutnya hanya sedikit sahaja.

3. Tidak cukur atau potong janggut melainkan ada uzur syarie seperti ada masalah kesihatan (eczema dll) tujuan perubatan, permasalahan pemerintah dan sebagainya.

4. Pemangkasan (trimming) janggut agar nampak kemas dan tidak dilihat kusut dan serebeh. Bukan memendek ye.

5. Ada yang bekerja sebagai penguatkuasa badan beruniform seperti polis, tentera tidak dibenarkan menyimpan janggut ketika bertugas tetapi ambillah peluang untuk berjanggut ketika hari tidak bertugas. Mudah-mudahan Allah beri ganjaran pahala atas niat untuk mengikut sunnah walaupun hanya beberapa hari.

6. Cari suami atau suruh suami untuk berjanggut kerana Imam al-Tirmizi dalam Syamail Muhammadiyyah ada menyebutkan mengenai sifat janggut Rasulullah iaitu tebal dan lebat. Malah menurut sebuah hadis, diriwayatkan:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- …كَثِيرَ شَعْرِ اللِّحْيَةِ
Maksudnya: “Adalah janggut Rasulullah SAW sangat lebat.”
(HR Muslim 6230).

7. Ada kelebihan berjanggut, yang tu Google saja.

Lepas baca ni, dah faham kan? Kalau tak nak juga berjanggut kerana sunnah dan nak jugak cukur jugak janggut tu, tolong jangan muatnaik video atau gambar dalam medsos. Kelak orang nampak kejahilan kita, malu nanti.

TAPI ADA USTAZ TU BELA MISAI BUANG JANGGUT? DIA KATA ITU TRADISI ORANG ARAB? TANPA RAGU, TINGGALKAN ORANG ITU… JANGAN AMBIL ILMU DARINYA.

 


 

Sumber : Media Ummah Channel

Pakej Umrah & Haji Terkemuka di Malaysia
Platfrom inisiatif untuk membantu para bakal jemaah haji dan umrah yang dibangunkan oleh Akram Afifi Holdings Sdn Bhd. Ikuti kami di media sosial yang tertera di bawah.

Copyright © umrahhaji.com - All Rights Reserved.

Back To Top