ADAKAH NABI S.A.W MENUNAIKAN UMRAH KETIKA BULAN SYAWAL?

Soalan:

Saya ingin melakukan perjalanan untuk menunaikan Umrah pada bulan yang penuh keberkatan ini (Ramadhan), tetapi terdapat  keadaan yang menyebabkan saya tidak dapat melakukan perjalanan umrah. Bolehkah saya menunaikan Umrah di Syawal? Adakah nabi kita Muhammad s.a.w, menunaikan umrah pada bulan Syawal? Jazakumullah kulla khair

Jawapan:

Alhamdulilllah wassolatu wassalamu ala rasulillah wa ala alihi wasahbihi:

Anda boleh menunaikan umrah pada bulan Syawal atau hari lain dalam setahun, dan ini adalah pandangan majoriti ulama.

Adapun Rasulullah s.a.w , rajihnya baginda  tidak menunaikan umrah pada bulan syawal seperti yang terdapat dalam sahihain, daripada Anas bin Malik r.a berkata: Rasulullah s.a.w mengerjakan umrah sebanyak empat, semuanya dikerjakan pada bulan zulkaedah; kecuali umrah yang baginda kerjakan bersama dengan hajinya: iaitu umrah dari Hudaibiyah atau Umrah pada zaman Hudaibiyah pada bulan zulkaedah, dan umrah pada tahun sesudah itu juga dalam bulan zulkaedah. Kemudian umrah yang dilakukan lakukan dari Ji’ranah ketika membahagikan harta rampasan perang Hunain, juga di bulan zulkaedah, dan sesudah itu umrah yang baginda lakukan bersama haji.

Adapun yang diriwayatkan Abu Daud dalam sunannya daripada Aisyah r.a: bahawasanya rasulullah s.a.w, mengerjakan 2 umrah: sekali pada zulkaedah, dan sekali lagi pada bulan syawal.

Dan terdapat juga hadis yang bercanggah dengan (hadis yang diriwayatkan Abu Daud) , iaitu hadis oleh Ibnu Majah,: rasullullah s.a.w tidak mengerjakan umrah kecuali pada bulan zulkaedah.

Ibnu Qayyim berkata: “hadis ini wahm”

Al-hafiz menggabungkan makna hadis tersebut dan berkata: ‘umrah dikerjakan pada akhir syawal dan awal bulan zulkaedah.

Waalhua’lam.

Untuk info lebih lanjut Panduan Umrah dan Haji yang lengkap dan terkini, download aplikasi UmrahHaji.com di GooglePlay, Apple Appstore, dan Apps Galeri.