Dalam Masjid Nabawi ada satu tempat yang Nabi (صلى الله عليه وسلم) menyifatkannya sebagai satu taman daripada taman-taman Syurga. Sabda Nabi :
مَا بين بيْتِي ومنبري رَوْضَةٌ من رياض الجَنَّة
Maksudnya : Di antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-taman Syurga. (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Kata Ibn Hajar Al-‘Asqalani (رحمه الله) :
Seperti satu taman daripada taman-taman Syurga pada penurunan rahmat dan mendapat kebahagian bila mana berada dalam majlis ilmu terutamanya pada zaman Nabi (صلى الله عليه وسلم).
Dalam hadis lain, sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم) yang bermaksud :
Apbila kami melalui salah satu taman Syurga, hendaklah kamu berhenti. Lalu Sahabat bertanya.
‘Apakah taman syurga itu?’
Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) menjawab : ‘Majlis zikir (ilmu)’ (Hadis Riwayat At-Tirmizi)
Rujukan : Al-Madinah Al-Munawwarah, ‘Abdul Muhsin bin Muhammad Al-Qasim.
Sumber gambar : Twitter @EmadPhoto
Untuk info lebih lanjut Panduan Umrah dan Haji yang lengkap dan terkini, download aplikasi UmrahHaji.com di GooglePlay, Apple Appstore, dan Apps Galeri