skip to Main Content

BAGAIMANA HENDAK DAPATKAN SIMKAD ARAB?

Salam Sayang dari Madinah.

Kalau kita pergi umrah atau haji, antara perkara yang awal kita cari ialah simkad Arab. Mesti nak habaq kat keluarga kita yang kita dah sampai. Selalu juga keluarga jemaah di tanahair mesej pegawai atau mutawwif tanya khabar ayahanda bondanya kalau 2 3 hari tak dengar berita.

Nak diceritakan, ada 3 syarikat telekomunikasi yang utama di Arab Saudi iaitu STC, Mobily & Zein. Banyak booth atau kiosk kiosk kecil dibuka di Haramain semasa musim umrah dan haji. Macam macam pakej ada untuk jemaah umrah haji. Kena pandai memilih tapi pakejnya lebih kurang sama je.

Untuk daftar perlu bawa salinan passport & visa dan guna cap jari. Ada jemaah cap jarinya tidak dapat dikesan biasanya jemaah warga emas hadapi masalah ini, jadi terpaksa lah beli dari pekerja hotel yang jual simkad underground. Tp pastikanlah dulu simkadnya boleh diguna barulah bayar.

Boleh juga siap siap langgan pakej langganan khas untuk umrah dari syarikat di Malaysia seperti Celcom. Yang ini boleh juga, janji langgan siap2 lah dari Malaysia ye. Sebab kalau dah sampai Arab Saudi susah pula nak sambung.

Selalu ustaz dan petugas tolong pasangkan simkad dan bantu belikan simkad untuk ayahanda bonda. Kami memang standby pin cucuk utk buka sarung simkad tu dan akan tunggu di lobi selepas jemaah check in kerna kami tau jemaah akan cari nak tanya tanya nak minta tolong beli simkad.

Andalusia Madinah biasanya akan meminta bantuan syarikat mobily buka kiosk depan hotel untuk kemudahan jemaah. Senangkan jemaah tak perlu susah susah jauh jalan cari simkad.

Dari jauh mengirim khabar berita. Dunia yang luas menjadi kecil. Yang jauh jadi dekat. Hati hati kita semakin rapat dengan Baitullah dan Madinah.

 


 

Sumber : Facebook Andalusia Madinah

 

 

Pakej Umrah & Haji Terkemuka di Malaysia
Platfrom inisiatif untuk membantu para bakal jemaah haji dan umrah yang dibangunkan oleh Akram Afifi Holdings Sdn Bhd. Ikuti kami di media sosial yang tertera di bawah.

Copyright © umrahhaji.com - All Rights Reserved.

Back To Top