skip to Main Content

BAGINDA RAJA SALMAN MENITAHKAN AGAR KING SALMAN CENTRE FOR RELIEF AND HUMANITARIAN ACTION SEGERA SALUR BANTUAN #COVID19 KEPADA MALAYSIA

Saya baru sahaja berhubung dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Duli Yang Amat Mulia Mohammad bin Salman.

Setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat Allah SWT, Putera Mahkota memakluman kepada saya bahawa;

Raja Arab Saudi yang juga Penjaga Dua Masjid Suci, Baginda Raja Salman sendiri telah menitahkan supaya King Salman Centre for Relief and Humanitarian Action segera menyalurkan sumbangan peralatan perubatan dan sebarang keperluan demi membantu Malaysia menangani cabaran pandemik #COVID19.

Ini satu penghormatan besar dan benar-benar melambangkan ketulusan Kerajaan Arab Saudi dalam menjalinkan persahabatan dengan Malaysia.

Bagi pihak Kerajaan Malaysia, menjunjung kasih buat Baginda Raja Salman, Putera Mahkota Mohammad bin Salman dan Kerajaan Arab Saudi atas kebaikan serta keprihatinan yang sangat mendalam ini.

InsyaAllah, saya akan terus bekerjasama rapat dengan Putera Mahkota bagi memperincikan bentuk keperluan terkini yang negara perlukan sekaligus memastikan Titah Baginda Raja Salman ini berjalan lancar.

 


 

Sumber : facebook Hishammuddin Hussein

Pakej Umrah & Haji Terkemuka di Malaysia
Platfrom inisiatif untuk membantu para bakal jemaah haji dan umrah yang dibangunkan oleh Akram Afifi Holdings Sdn Bhd. Ikuti kami di media sosial yang tertera di bawah.

Copyright © umrahhaji.com - All Rights Reserved.

Back To Top