BERAPA KOS UMRAH DIY?
Soalan inilah yang paling banyak di tanya apabila kami sebut kami DIY. Sampaikan, semalam semasa staff KKM sedang interview saya bertanya berkenaan dengan isu Covid 19.. sempat lagi staff tu tanya berapa kos umrah bila saya sebut kami pegi secara DIY.. Selingan katanya.. Dan dia minat nak tahu lebih lanjut pasal umrah DIY. InsyaAllah, saya sedang menulis dan compile semua maklumat Umrah & Ziarah DIY kami untuk manfaat bersama. Doakanlah, agar Allah mudahkan.
Sebab utama saya merancang untuk DIY bukan kerana murah semata, tetapi lebih kepada flexibility. Keanjalan dalam merancang sendiri aktiviti yang segala proses berkaitan umrah dan ziarah di tanah suci nanti yang menyebabkan saya memilih untuk melaksanakan secara DIY pada kali ini.
Dan untuk makluman, ini bukanlah kali pertama saya ke tanah suci, tetapi kali ke 3. Dan saya juga telah biasa berkelana keluar negara dan pernah menetap di luar negara.
Setelah dihitung, kami boleh simpulkan, kos kami adalah seperti dalam jadual di bawah. Total kos/pax = RM 5369.90.
10 hari. 3 malam di Madinah. 4 malam di Mekah. 2 malam atas kapal terbang.
Maklumat lanjut, berkenaan kos etc akan dimasukkan dalam ebook nanti.
Tolong doakan agar Allah mudahkan saya untuk siapkan ebook ini.

Sumber : facebook Abu Ammar Romlie
Untuk info lebih lanjut Panduan Umrah dan Haji yang lengkap dan terkini, download aplikasi UmrahHaji.com di GooglePlay, Apple Appstore, dan Apps Galeri