CARA DAPAT DUIT RIYAL MUDAH DAN MURAH
Al Rajhi bank sangat banyak di Saudi kerana ia adalah Bank Tempatan dan Al Rajhi ada membuka Cawangan di Malaysia.
Saya diantara pembuka akaun simpanan Al Rajhi kerana beberapa kelebihan
Pertama, Kad Debit Al Rajhi Malaysia automatik boleh digunakan di Saudi tanpa perlu diaktifkan mode Antarabangsa.
Kedua, Kita boleh mengeluarkan sehari 30 ribu riyal. Sesuai untuk para mutawif yang kadang perlu menggunakan Jumlah wang yang banyak.
Ketiga, Setiap kali pengeluaran di ATM boleh keluar sehingga 5 ribu ringgit.
Keempat, Charge pengeluaran hanya RM 12 sekali keluar berbanding bank lain yang ada yang menggunakan kaedah peratusan charge daripada jumlah keseluruhan. Contohnya
Saya gunakan Bank bernama Siakap mengeluarkan RM 5 ribu dan di charge 2 %.
Bererti charge pengeluaran RM 100 bukan RM12.
Charge pengeluaran bergantung Bank , boleh check dengan Bank masing-masing.
Kelima, Seperti semua lihat Mesin ATM Al Rajhi pasti ada di Mall-Mall sekitar Saudi dan memberi pilihan Bahasa Melayu , YAA bahasa Melayu bukan Bahasa Indonesia. Sangat User Friendly
Keenam, Duit dalam akaun saya ada 10 ribu lebih dan Mesin ATM Al Rajhi akan tukar dengan nilai semasa NILAI SEMASA bersamaa 9 ribu Riyal tanpa dikenakan Charge tambahan.
Charge Tambahan Perkhidmatan dikenakan ketika menukar di Money Changer. Kedai Tukaran wang akan kenakan Charge Perkhidmatan mengikut kedai mereka masing-masing. Jangan marah mereka , mereka pun berniaga.
Dalam semua kebaikan Al Rajhi pastinya ada kekurangan . Di Antara kekurangan Al Rajhi adalah Kepayahan membuka akaun. Pelbagai Dokumen diperlukan. Lagi-Lagi akaun syarikat. Ada satu akaun syarikat kawan saya dah lebih setengah tahun belum selesai.
kenapa ? Kerana polisi mereka yang akan selidik keluar masuk dan nature bussines . Ada Gharar atau ada mana mana sumber diragui. Bagus Polisi ini kerana memastikan duit mereka benar-benar “patuh syariah”.
Lain-lain kelemahan atau kelebihan Al Rajhi Bank akan saya senaraikan pada masa depan jika berkesempatan.
Jadi kalau tak nak buka akaun Al Rajhi macam
mana ? Sebelum berangkat ke Tanah Suci, Aktifkan saja Kad debit masing-masing dengan mode antarabangsa.
Semua Bank boleh cuma kadar Charge berbeza.
Sekian Terima kasih. Assalamualaikum
- Catatan Umrah 3 –
PURI
Madinah Bumi Ansar
16 Syaaban 1443 H
Al Rajhi Bank (مصرف الراجحي) Al Rajhi Bank Malaysia – A PIDM member
Sumber : facebook Rahmat Ikhsan
Untuk info lebih lanjut Panduan Umrah dan Haji yang lengkap dan terkini, download aplikasi UmrahHaji.com di GooglePlay, Apple Appstore, dan Apps Galeri