skip to Main Content

EVOLUSI MAKKAH (مكة المكرمة)

Sejarah Makkah bermula apabila Nabi Ibrahim menerima perintah daripada Allah supaya meninggalkan anaknya Ismail dan isterinya Siti Hajar di sebuah gurun yang kering kontang untuk pergi mengajak manusia kepada Allah ke Palestin. Selepas Nabi Ibrahim meninggalkan isteri dan anaknya itu di sebuah gurun beliau kembali ke tempat asalnya.

Apabila air yang dibawa oleh Siti Hajar habis, Ismail yang ketika itu masih lagi seorang bayi mula menangis meminta susu. Siti Hajar yang mula gelisah mula mencari air di antara Bukit Safa daripada Jabal Qubais hinggalah ke Bukit Marwa. Dalam suasana yang kelam kabut itu Ismail yang sedang menangis menghentakkan kakinya di atas tanah. Dengan izin Allah, maka air keluar daripada tanah yang dihentak Ismail tadi. Sebuah telaga dibina kemudian dan dikenali sebagai Telaga Zamzam. Akibat daripada peristiwa tadi maka selamatlah Siti Hajar dan anaknya.

Dengan kemunculan Telaga Zamzam itu, pedagang-pedagang dan kabilah-kabilah perdagangan mula muncul. Mereka mula tinggal di situ dan membuka penempatan baru. Dengan itu lahirlah Kota Makkah. Ibrahim melawat tempat di mana dia meninggalkan anak dan isterinya tadi.

Setelah Nabi Ibrahim lulus dugaan menyembelih anaknya yang disayangi Nabi Ismail, maka Allah menghadiahkan kepada Ibrahim dan Ismail perintah untuk membina Kaabah.

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pakej Umrah & Haji Terkemuka di Malaysia
Platfrom inisiatif untuk membantu para bakal jemaah haji dan umrah yang dibangunkan oleh Akram Afifi Holdings Sdn Bhd. Ikuti kami di media sosial yang tertera di bawah.

Copyright © umrahhaji.com - All Rights Reserved.

Back To Top