skip to Main Content

HARI INI PADA TAHUN KELAPAN HIJRAH, TENTERA ISLAM BERARAK DARI MADINAH UNTUK MENAKLUK SEMULA MEKAH

Sepanjang perjalanan, sedikit demi sedikit mereka disertai oleh para sukarela sehingga jumlah angkatan tentera Islam pimpinan Nabi Muhammad SAW itu mencapai sekitar 10,000 orang.

Beberapa hari mereka berarak sehingga akhirnya tiba di Marr-uz-Zahran, kira-kira 10 batu dari barat laut Mekah. Setibanya di situ, Rasulullah SAW mengarahkan setiap orang menyalakan obor api untuk memperdaya tentera Quraisy.

Mekah terletak di tengah-tengah Lembah Ibrahim yang bercerun. Akses ke Mekah ada empat bahagian – dari barat daya, barat laut, selatan dan timur laut. Maka Rasulullah SAW memecahkan tentera Islam kepada empat unit.

Unit barat laut yang menghala ke Madinah dipimpin oleh Abu Ubaidah al-Jarrah, unit barat daya oleh Zubayr al-Awam, unit selatan oleh Saidina Ali Abi Talib, dan timur laut oleh Khalid al-Walid.

Strateginya adalah untuk memecahkan kekuatan tentera musuh daripada bertumpu kepada satu tempat sahaja, dan mengelakkan tentera Quraisy melarikan diri melepasi salah satu daripada empat laluan itu.

Tentera Islam mula memasuki Mekah pada 18 Ramadan 8H, dan Rasulullah SAW menekankan bahawa hanya menyerang sekiranya tentera Quraisy yang menyerang terlebih dahulu. Didapati tentera Quraisy hanya bertumpu di laluan timur laut untuk berdepan unit pimpinan Khalid al-Walid.

Tidak sampai dua hari, Rasulullah SAW berjaya menakluk semula Mekah.

*Gambar hiasan menggambarkan Kaabah pada zaman tersebut.

Sumber: Quran Reading, Inside Islam: Dialogues & Debates, Hajj & Umrah Planner

#PeristiwaHariIni
#IlhamRamadan
#Ramadan2021
#BukaLembaranBaharu

 


 

Sumber : https://www.facebook.com/astroawani/posts/10157991472825965

Pakej Umrah & Haji Terkemuka di Malaysia
Platfrom inisiatif untuk membantu para bakal jemaah haji dan umrah yang dibangunkan oleh Akram Afifi Holdings Sdn Bhd. Ikuti kami di media sosial yang tertera di bawah.

Copyright © umrahhaji.com - All Rights Reserved.

Back To Top