Maksud Dari Hadis Nabi صلى الله عليه وسلم: “Ya Allah, rahmatilah orang bercukur (saat tahallul)”…

HUKUM TAWAF WADA’ BAGI JEMAAH HAJI ADA 2 KATEGORI
Golongan yang tiada masalah dalam bab safar (musafir)
Tempoh menunggu 8 jam. Tempoh ini adalah dalam keadaan biasa tanpa ada halangan atas sebab urusan berkaitan pemusafiran. Perkiraan masa 8 jam tersebut hendaklah dikira bermula dari masa jemaah haji sampai dibangunan penginapan setelah pulang dari tawaf wada’. Sekiranya Jemaah tidak keluar dari Makkah dalam masa 8 jam selepas tawaf wada’ bukan disebabkan masalah urusan berkaitan permusafiran, tawaf wada’nya dianggap telah batal dan perlu diulang semula.
Golongan yang ada masalah dalam bab safar (musafir)
Tempoh menunggu 24 jam. Tempoh ini adalah dalam keadaan dimana tawaf wada’ telah selesai, kemudian dalam tempoh 24 jam baru dimaklumkan kelewatan pergerakan kenderan keluar dari Makkah maka Jemaah tidak perlu mengulang semula tawaf wada’. Perkiraan masa 24 jam tersebut hendaklah dikira bermula dari masa Jemaah haji sampai di bangunan penginapan setelah pulang dari tawaf wada’.