skip to Main Content

HUSNUL KHATIMAH ITU ADALAH …

HUSNUL KHATIMAH itu tidaklah semestinya dengan mati di dalam masjid atau di atas tikar sejadah atau mati dalam keadaan memegang mushaf.

Sedangkan sebaik-baik manusia, Rasulullah SAW sendiri wafat di tempat pembaringannya.

Sebaik-baik Sahabat yang merupakan teman rapat baginda SAW, Abu Bakr al-Siddiq juga meninggal di tempat tidurnya.

Khalid bin al-Walid pejuang yang telah menempuh 100 medan peperangan tanpa kalah dan digelar “Pedang Allah Yang Terhunus” juga meninggal di atas katilnya.

Namun …

  • Husnul Khatimah itu apabila kita mati dalam keadaan bebas dari SYIRIK.
  • Husnul Khatimah itu apabila kita mati dalam keadaan bebas dari NIFAQ.
  • Husnul Khatimah itu apabila kita mati dalam keadaan bebas dari BIDAAH.
  • Husnul Khatimah itu apabila kita mati dalam keadaan berada di atas landasan AL-QURAN dan AL-SUNNAH.
  • Husnul Khatimah itu apabila kita mati dalam keadaan tidak menanggung bebanan KEZALIMAN terhadap saudara seagama dan sentiasa menunaikan HAK ALLAH dan HAMBA-NYA.
  • Husnul Khatimah itu apabila kita mati dalam keadaan HATI YANG BERSIH dari dendam, sangka buruk dan dengki terhadap saudara seagama, hati yang disulami ketulusan NIAT dan diri yang dihiasi dengan keindahan AKHLAK.
  • Husnul Khatimah itu apabila kita mati dalam keadaan sentiasa memelihara SOLAT LIMA WAKTU secara berjemaah dan sentiasa menunaikan segala KEWAJIPAN yang telah diperintahkan Allah.

Semoga Allah mengurniakan kita kesudahan yang baik dalam setiap urusan dan memelihara kita dari ujian dunia serta azab akhirat.

-Nasihat emas Syeikh al-‘Uthaymin رحمه الله-


Sumber: FB Dr Kamilin Jamilin

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=2936342303260656&id=1743258955902336

Pakej Umrah & Haji Terkemuka di Malaysia
Platfrom inisiatif untuk membantu para bakal jemaah haji dan umrah yang dibangunkan oleh Akram Afifi Holdings Sdn Bhd. Ikuti kami di media sosial yang tertera di bawah.

Copyright © umrahhaji.com - All Rights Reserved.

Back To Top