Mukadimah Alhamdulillah, pada tahun ini iaitu pada 1439 H bersamaan 2018 masihi, acara manasik haji…

JAHIL DAN TERLUPA DALAM KONTEKS IBADAT HAJI DAN DAM
Menurut pandangan ulama’, kejahilan yang dimaafkan ialah yang tidak berpunca daripada kecuaian tetap dikenakan dam dan berdosa menurut syarat- syaratnya.
Jemaah haji yang tidak memahami hukum hakam haji dalam ibadat haji maka mereka juga boleh dikategorikan sebagai jahil bukannya kategori cuai. Termasuk jemaah haji yang sudah hadir dalam kursus haji.
Penentuan tahap jemaah haji sama ada termasuk dalam ketegori jahil atau tidak jahil perlu diberi penelitian oleh pengkursus ibadat haji dengan penuh bertanggung- jawab.