skip to Main Content

KEAJAIBAN DAN KEISTIMEWAAN MAQAM IBRAHIM

Sebelumnya perlu dijelaskan bahawa maqam ibrahim bukanlah kubur nabi Ibrahim, tetapi bekas tapak kaki beliau ketika membangun ka’bah bersama putera beliau Nabi Ismail.

Allah Ta’ala menyebutkan maqam Ibrahim dan menjadikan maqam Ibrahim sebagai tempat solat. Allah Ta’ala berfirman,

ﻭَﺍﺗَّﺨِﺬُﻭﺍ ﻣِﻦْ ﻣَﻘَﺎﻡِ ﺇِﺑْﺮَﺍﻫِﻴﻢَ ﻣُﺼَﻠًّﻰ

“Dan jadikanlah sebahagian maqam Ibrahim tempat solat. [QS. al-Baqarah: 125]

Allah Ta’ala menyebutkan terdapat tanda-tanda nyata pada maqam Ibrahim, Allah Ta’ala berfirman,

ﻓِﻴﻪِ ﺁَﻳَﺎﺕٌ ﺑَﻴِّﻨَﺎﺕٌ ﻣَﻘَﺎﻡُ ﺇِﺑْﺮَﺍﻫِﻴﻢَ ﻭَﻣَﻦْ ﺩَﺧَﻠَﻪُ ﻛَﺎﻥَ ﺁَﻣِﻨًﺎ

“Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata, (di antaranya) maqam Ibrahim; barangsiapa memasukinya (Baitullah itu) maka dia aman. [QS. Ali Imran: 96-97]

Ibnu Katsir menyebutkan pendapat Mujahid bahwa maqam Ibrahim adalah tanda bekas telapak kaki nabi Ibrahim, beliau berkata,

وقال مجاهد : أثر قدميه في المقام آية بينة

“Bekas kedua telapak kaki Ibrahim pada maqam merupakan tanda-tanda yang nyata.” [Tafsir Ibnu Katsir]

Beberapa keistimewaan dan keajaiban maqam Ibrahim:

1. Sebahagian ulama menyebutkan bahawa maqam ibrahim dan hajarul aswad merupakan batu dari syurga.

2. Dari kesan tapak kaki ini, seorang sahabat yang ahli melihat nasab melalui persamaan kami menyebutkan bahawa jejak kami maqam ibrahim sangat mirip dengan kaki Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam

3. Maqam Ibrahim terpelihara dengan waktu yang sangat lama iaitu ribuan tahun dan tetap masih terpelihara dengan baik sehingga sekarang. Maqam Ibrahim pernah hilang atau dicuri seketika, akan tetapi segera kembali dengan dijumpai dengan kadar masa yang singkat. Ini bukti penjagaan Allah terhadap maqam Ibrahim yang bentuknya tidak terlalu besar (sedangkan benda kecil mudah hilang dan tidak terjaga)

4. Maqam ibrahim adalah batu, terdapat bergitu banyak jug berhala dari batu di sekitar dan sekeliling ka’bah, akan tetapi tidak ada seorang pun yang menyembah maqam Ibrahim sehingga sekarang. [Diringkas dari Sejarah Mekah hal. 105-108]

Nota :
Dulunya bekas tapak kaki baginda jelas kelihatan sehingga boleh menampakkan bekas jari kaki dan kelihatan begitu jelas dan sempurna akan tetapi kerana terlalu sering disentuh oleh tangan manusia, bekas tersebut tidak terlihat jelas lagi. Al-Baghawi menjelaskan,

الذي قام عليه إبراهيم ، وكان أثر قدميه فيه فاندرس من كثرة المسح بالأيدي

“(Maqam Ibrahim) adalah tempat berdirinya nabi Ibrahim. Dahulunya terdapat bekas kedua telapak kaki beliau (dengan jelas), tetapi terhapus kerana terlalu banyak yang mengusapnya.” [Tafsir Al-Baghawi]

 


Sumber : https://muslim.or.id/45076-keajaiban-dan-keistimewaan-maqam-ibrahim.html

Pakej Umrah & Haji Terkemuka di Malaysia
Platfrom inisiatif untuk membantu para bakal jemaah haji dan umrah yang dibangunkan oleh Akram Afifi Holdings Sdn Bhd. Ikuti kami di media sosial yang tertera di bawah.

Copyright © umrahhaji.com - All Rights Reserved.

Back To Top