KELEBIHAN SOLAT 1,000 KALI GANDA DI MADINAH

Kelebihan solat 1,000 kali ganda di Madinah hanya tertakluk di dalam Masjid Nabawi sahaja berbeza gandaan pahala 100 ribu kali ganda di Makkah adalah keseluruhan Tanah Haram Makkah. Walau bagaimanapun, perlu diberi penekanan fadhilat menunaikan solat jemaah di Masjidil Haram adalah lebih tinggi nilainya berbanding solat di dalam Bangunan Penginapan Jemaah Haji di Makkah.

Ini kerana

1. Bilangan jemaah yang ramai dapat meningkatkan kualiti solat

2. Mendapat pahala iktikaf dan dapat menunaikan solat tahiyatul masjid

3. Mendapat rahmat dengan melihat Baitullah dan tempat-tempat yang mustajab di

Masjidil Haram

4. Setiap langkah perjalanan ke Masjidil Haram adalah mendapat fadhilat perjalanan dan mengeratkan silaturahim sesama jemaah/bertaaruf

Untuk info lebih lanjut Panduan Umrah dan Haji yang lengkap dan terkini, download aplikasi UmrahHaji.com di GooglePlay, Apple Appstore, dan Apps Galeri.