skip to Main Content

KERAJAAN SAUDI AKAN MENUTUP BATAS DARAT DAN LAUT SELAMA SATU MINGGU LAGI

Kerajaan Arab Saudi telah memutuskan untuk memperpanjangkan tempoh penutupan sempadan dan menangguhkan penerbangan antarabangsa yang telah diperkenalkan pada hari ahad lalu pada 20/12/2020 selama seminggu lagi dalam usaha untuk mencegah penyebaran kluster baru corona virus sambil memantau keadaan untuk memastikan keselamatan warganegara dan kawasan yang berada diluarnya.

Arab Saudi juga telah menangguhkankan ke semua penerbangan komersial antarabangsa selama seminggu setelah khabar angin yang melanda berkenaan penyebaran coronavirus sudah mula ada di beberapa negara Eropah. Sehubungan dengan itu, penutupan berbatasan antara perjalanan darat dan laut telah ditutup untuk seketika.

Penangguhan perjalanan antarabangsa telah di lancarkan kecuali untuk kes darurat, yang merupakan sebahagian dari langkah berjaga-jaga untuk memastikan kesihatan dan keselamatan warganegara.

Sumber rasmi di Kementerian Dalam Negeri, pada hari Ahad yang lalu, menyatakan bahawa merujuk kepada pernyataan yang dikeluarkan pada 20/12/2020, mengenai penyebaran kluster baru coronavirus novel (COVID-19) di beberapa buah negara dan tindakan pencegahan yang dibuat dalam hal ini, pemerintah telah memutuskan untuk memperpanjangkan langkah-langkah tersebut selama seminggu lagi.

Sumber itu mengatakan, Kerajaan Arab Saudi akan terus memantau keadaan untuk memastikan keselamatan warganegara dengan memberi penekanan daripada mengecualikan sebarang pergerakan barang, komoditi dan rantaian bekalan, serta memberi kebenarkan kepada bukan warganegara Saudi untuk meneruskan penerbangan dengan mengikut langkah berjaga-jaga yang diambil dan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.

 


 

Sumber : https://saudigazette.com.sa/article/601881

 

 

Pakej Umrah & Haji Terkemuka di Malaysia
Platfrom inisiatif untuk membantu para bakal jemaah haji dan umrah yang dibangunkan oleh Akram Afifi Holdings Sdn Bhd. Ikuti kami di media sosial yang tertera di bawah.

Copyright © umrahhaji.com - All Rights Reserved.

Back To Top