KHUNSA DAN MUKHANNAS DALAM PERMASALAHAN IBADAT HAJI

1. Khunsa atau dalam erti kata kecelaruan jantina pada diri seseorang individu dalam permasalahan ibadat sama ada ibadat fardhu, wajib ataupun sunat hendaklah merujuk kepada alat kelamin. Ini terpulang kepada seseorang individu dan dengan bantuan Doktor Pakar untuk menentukan kedudukannya kerana perkara ini adalah sulit dan sukar ditentukan oleh orang lain.

2. Bagi mukhannas semulajadi atau yang disengajakan, telah melakukan pembedahan tukar jantina atau tidak dan kes menukar jantina dengan melakukan pembedahan bukan disebabkan keharusan syarak, maka hukum individu tersebut termasuk ibadat haji dan umrah hendaklah mengikut hukum asal kejadian dirinya.

3. Hendaklah menyediakan satu program kaunseling serta memberi panduan serta memberi panduan dan tatacara yang betul perlaksanaan ibadat khususnya haji dan umrah.

4. Bagi golongan mukhannas yang ingin menunaikan haji hendaklah bertaubat kepada Allah SWT, mempelajari ilmu dan hukum syara’, mentaati perintah Allah SWT, menjauhi maksiat dan bersahabat dengan golongan yang baik.

Untuk info lebih lanjut Panduan Umrah dan Haji yang lengkap dan terkini, download aplikasi UmrahHaji.com di GooglePlay, Apple Appstore, dan Apps Galeri.