skip to Main Content

KKM MAMPU KENDALI VAKSIN COVID 19 UNTUK JEMAAH HAJI

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mampu mengendalikan sendiri pemberian vaksin COVID-19 terhadap jemaah haji di negara ini, sekiranya ibadah itu dibenarkan tahun ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata pemberian vaksin itu boleh dikendalikan di fasiliti milik KKM.

Ketika ini, beliau berkata, pihaknya menunggu jumlah kuota yang ditetapkan bagi negara ini.

“Kita masih lagi menunggu kuota haji akan diumumkan. Jika ibadah haji boleh dilaksanakan tahun ini dan tentu sekali jumlah yang pergi haji membabitkan antara 30,000 hingga 50,000 orang.

DISYORKAN UNTUK ANDA

  • Suntikan vaksin ambil masa 15 hingga 30 minit – Dr Adham
  • Bekalan vaksin Sinovac tiba jam 9 pagi esok
  • COVID-19: Jemaah haji perlu divaksin
  • WHO beri lampu hijau bagi suntikan vaksin AstraZeneca

“Perkara ini mudah dilaksanakan fasiliti KKM.

“Kita ada dua calon vaksin sedia ada iaitu Sinovac dan Pfizer-BioNTech dan juga kemungkinan AstraZeneca (jika ia) boleh sampai lebih awal kerana jemaah haji yang akan ke Mekah bermula pertengahan Jun ini,” katanya pada sidang media mingguan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di sini, hari ini.

Sidang media bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin itu turut disiarkan secara maya melalui aplikasi zoom.

Kumpulan pertama vaksin COVID-19 AstraZeneca ke Malaysia dijangka tiba pada suku kedua tahun ini.

Dr Adham berkata, vaksinasi untuk bakal jemaah haji boleh dilaksanakan bermula pada pertengahan Mei ini jika diperlukan.

Sementara itu, berhubung isu sama ada mereka yang sudah menjalani pelalian akan dikuarantinkan, beliau berkata, KKM masih menunggu garis panduan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Beliau berkata, biarpun sudah mendapat kedua-dua dos yang diperlukan, KKM masih mengguna pakai norma baharu selain prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan selain penjagaan kebersihan diri.

Sementara itu, Khairy berkata, mana-mana individu yang keluar negara sebelum mendapatkan dos kedua vaksin masih perlu menjalani kuarantin sebaik tiba di negara ini.

 


 

Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/03/793953/kkm-mampu-kendali-vaksin-covid-19-untuk-jemaah-haji?fbclid=IwAR0tFICL6RT19RMJfmSH3wBcCW9TcWypXkcmj86MvmLBM2sozJJnGqrz5ow

Pakej Umrah & Haji Terkemuka di Malaysia
Platfrom inisiatif untuk membantu para bakal jemaah haji dan umrah yang dibangunkan oleh Akram Afifi Holdings Sdn Bhd. Ikuti kami di media sosial yang tertera di bawah.

Copyright © umrahhaji.com - All Rights Reserved.

Back To Top