skip to Main Content

SIAPAKAH ORANG PERTAMA YANG MENGUKIR PINTU KAABAH?

Lelaki bernama Muneer al-Jundi ini telah meninggal dunia pada hari Rabu, 4 Jamadil Awal 1442 bersamaan 19 Disember 2020. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di Stuttgart, Jerman.

Beliaulah yang bertanggungjawab mereka bentuk pintu Kaabah yang digunakan sehingga ke hari ini. Pintu tersebut siap dipasang pada tahun 1399 hijrah setelah dititahkan oleh Raja Khalid bin Abdul Aziz, Raja Arab Saudi pada ketika itu.

Keputusan ini dibuat setelah pintu Kaabah sedia ada yang dibina pada zaman pemerintahan Raja Abdul Aziz telah usang.

Bukan itu sahaja, Raja Khalid bin Abdul Aziz juga menitahkan agar dibina sebuah tangga di dalam Kaabah yang mampu menghubungkan ke bahagian bumbung.

Moga Allah SWT merahmati mereka-mereka yang terlibat dalam usaha menjaga dan memakmurkan Masjidilharam dan Kaabah ini.

 


 

Sumber : facebook, Najmi Farisham

 

 

Pakej Umrah & Haji Terkemuka di Malaysia
Platfrom inisiatif untuk membantu para bakal jemaah haji dan umrah yang dibangunkan oleh Akram Afifi Holdings Sdn Bhd. Ikuti kami di media sosial yang tertera di bawah.

Copyright © umrahhaji.com - All Rights Reserved.

Back To Top