skip to Main Content

MAKKAH DILANDA BANJIR

28 January 2021 – HUJAN lebat luar biasa yang melanda Mekah sejak petang Selasa menyebabkan beberapa kawasan terutama di bandar dilanda banjir kilat.

Menurut perkongsian di laman Twitter Haramain Sharifain, hujan lebat yang amat jarang berlaku sejak Asar menyebabkan air naik sehingga mencecah 0.5 meter.

Susulan itu, pihak Pertahanan Awam mengeluarkan amaran berjaga-jaga kepada semua pihak.

Sebelum ini, pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran cuaca buruk membabitkan beberapa wilayah di seluruh Arab Saudi bermula Jumaat sehingga Selasa.

Amaran awal berkenaan membabitkan ramalan ribut petir dengan hujan sederhana serta angin kencang di wilayah Asir, Al-Baha, Jazan, Najran, Mekah dan Madinah bermula Jumaat.

Memetik laporan media tempatan juga, amaran itu turut melibatkan ibu kota Riyadh, Qassim dan Provinsi Timur yang akan mengalami hujan lebat sederhana yang dijangka mengakibatkan arus deras dan banjir.

 


Sumber : astroawani.com

 

Pakej Umrah & Haji Terkemuka di Malaysia
Platfrom inisiatif untuk membantu para bakal jemaah haji dan umrah yang dibangunkan oleh Akram Afifi Holdings Sdn Bhd. Ikuti kami di media sosial yang tertera di bawah.

Copyright © umrahhaji.com - All Rights Reserved.

Back To Top