skip to Main Content

MALAYSIA DAN ARAB SAUDI DIJANGKA MENGADAKAN PERBINCANGAN BERKENAAN KUOTA HAJI DAN UMRAH DALAM MASA TERDEKAT

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) – Malaysia dan Arab Saudi dijangka mengadakan perbincangan berkenaan kuota haji dan umrah dalam masa terdekat.

Atase Agama Arab Saudi ke Malaysia, Sheikh Abdul Rahman Al-Rubaian berkata kerajaan Penjaga Dua Masjid Suci itu dijangka menerima kunjungan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membincangkan perkara berkenaan.

“Perbincangan antara dua negara mengenai kuota haji dan umrah pada tahun ini bakal berlangsung dalam masa terdekat apabila Arab Saudi menerima kunjungan rasmi Perdana Menteri Malaysia serta Menteri Luar Negeri (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama (Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri),” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sumber : https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1931668

 


 

Pakej Umrah & Haji Terkemuka di Malaysia
Platfrom inisiatif untuk membantu para bakal jemaah haji dan umrah yang dibangunkan oleh Akram Afifi Holdings Sdn Bhd. Ikuti kami di media sosial yang tertera di bawah.

Copyright © umrahhaji.com - All Rights Reserved.

Back To Top