MANASIK YANG AFDHAL UNTUK ORANG YANG DATANG KE RIYADH NIAT UMRAH KEMUDIAN HAJI

Soalan:

Ibu saya akan datang untuk menziarahi Riyadh, tetapi niatnya adalah untuk pergi segera setelah seharian ke Mekah untuk mengerjakan Umrah, kemudian Haji. Saudara saya yang tinggal di Ha’il akan pergi bersamanya, dan dia akan membawanya dari Riyadh ke Jeddah, kemudian Makkah untuk tujuan Umrah, dan tinggal di Makkah untuk mengerjakan haji. Tolong jelaskan bagaimana untuk melakukan ihram, dan apakah jenis haji untuk mereka berdua?

Jawapan:

Alhamdulilllah wassolatu wassalamu ala rasulillah wa ala alihi wasahbihi:

Yang paling afdhal untuk mereka mengikut keadaan yang telah disebutkan ialah melakukan haji tamattu’, mereka berdua hendaklah berihram Umrah dari miqat ahli Najd iaitu Assail al-kabir, apabila mereka tawaf, saie dan bertahallul, kemudian mereka bermukim di Mekah sehingga hari tarwiyah. Maka mereka hendaklah berihram haji kemudia melakukan manasik haji sepertu yang diketahui, dan setiap daripada mereka dikenakan dam oleh kerana haji tamattu’, bersandarkan firman Allah ﴿ فَمَنْ تَمَتَّعَ بِالْعُمْرَةِ إِلَى الْحَجِّ فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْيِ﴾

jika mereka berdua atau salah seorang daripada mereka ingin mengerjakan haji Qiran, mereka hendaklah niat di miqat untuk haji dan umrah, kemudian mereka tidak akan bertahallul sehinggalah mereka selesai manasik haji, dan bersaie sekali untuk haji dan umrahnya, tamattu’ lebih afdal mengikut mufti kita.

Walluhua’lam.

Untuk info lebih lanjut Panduan Umrah dan Haji yang lengkap dan terkini, download aplikasi UmrahHaji.com di GooglePlay, Apple Appstore, dan Apps Galeri.