NAFAR AWWAL

Jemaah haji yang melaksanakan Nafar Awwal dengan cara terus keluar meninggalkan Mina ke Makkah hendaklah berniat Nafar Awwal selepas melontar Jamrah Kubra dan di dalam had Mina. Oleh sebab itu, mereka hendaklah kembali arah Jamrah Wusta sedikit untuk berniat Nafar Awwal sebelum berjalan keluar meninggalkan Mina.

Tidak sah Nafar Awwal sekiranya berniat Nafar Awwal selepas melontar Jamrah Kubra pada hari 12 Zulhijjah di Jamrah Kubra. Ini kerana menurut Qaul Muktamad Jamrah Kubra tidak termasuk dalam kawasan Mina.

Bagi jemaah haji yang telah berbuat sedemikian hendaklah membayar dam berikut;

a. Dam tidak bermalam pada 13 Zulhijjah satu (1) malam satu (1) cupak.

b. Dam tidak melontar ketiga-tiga jamrah pada hari 13 Zulhijjah (Dam Tertib dan Taqdir)

Untuk info lebih lanjut Panduan Umrah dan Haji yang lengkap dan terkini, download aplikasi UmrahHaji.com di GooglePlay, Apple Appstore, dan Apps Galeri.