NOTA BONUS 2: BARANG-BARANG DALAM BEG YANG DIBAWA KE MASJID (KHUSUS JEMAAH PEREMPUAN) 


Ada yang asingkan hand bag dengan beg masjid. Bagi orang yang tak suka bawa banyak beg macam aku, aku guna satu beg yang sama saja untuk ke masjid dan ziarah dan itu jugalah “hand bag” aku dalam setiap penerbangan.

Apa dalam beg aku?

1. Handphone.

2. Sejadah kecil = lebih mudah sejadah muka saja, senang nak pindah bila saf berubah dan tak menyusahkan orang lain. Aku suka sejadah Amru mini https://shp.ee/q5jmjsm

3. Uncang kasut = bawa yang design / corak unik sikit, senang nak cam dari jauh kalau letak di mana-mana.

4. Face towel = kalau menangis, tolonglah lap air mata dan hidung guna face towel. Elak guna tisu sebab banyak sangat tisu terpakai yang bersepah atas mataf, atas karpet masjid. Janganlah minta Allah ampunkan dosa sedia ada tapi sambil-sambil buat dosa lain pula.

5. Botol air = aku bawa ePlas Paper Water Bottle Size A5, jimat space dalam beg. https://shp.ee/q89h8xf

6. Botol wuduk spray = jika nak stay lama dalam masjid tapi perut berangin-angin. Boleh ambil wuduk dengan air zamzam daripada balang dalam masjid guna botol spray.

7. Nak bawa Quran sendiri? Boleh. Cuma sedikit leceh kalau terpaksa pergi toilet. Aku tak bawa Quran ke masjid. Di masjid baca Quran waqaf yang ada saja. Lebih mudah. Nak bawa Quran sendiri dari Malaysia, okey saja. Pastikan adab kepada Quran itu dijaga sepanjang bermusafir.

8. Buku doa dan mathurat. Yang ni pun jaga macam Quran. Kalau nak masuk toilet, tinggalkanlah di luar.

9. Toilet paper, wet tissue = ini untuk guna sewaktu ziarah, dalam perjalanan dari kota A ke kota B. Sebab R&R di sana akan buat kau mensyukuri nikmat R&R Malaysia.

10. Hand sanitizer. Beli yang jenis sangkut pada beg macam ni senang. https://shp.ee/p95yqkz

11. Pantyliner

12. Gunting kecil untuk tahalul = ini make sure masa nak balik ke Malaysia kau simpan balik dalam check in luggage.

13. Face mask extra.

14. Lain-lain: Kunci bilik, pen, minyak angin, gula-gula buat tambah energy (aku bawa Tic Tac), panadol, lozenge, apa-apa ubat yang diperlukan kalau emergency.

15. Duit dan kad debit? Aku simpan dalam neck pouch. Sedikit saja aku letak dalam purse dalam beg, terutama duit kecil untuk buat sedekah.

Okey, itu setakat yang aku ingat. Kalau ada lagi nanti aku tambah.

Foto 1: Travel mummy bag yang best https://shp.ee/fa8h72d dan aku bawa ke mana-mana, dengan hand sanitizer bag tag disangkut padanya.

Foto 2: Yang corak checkered merah putih tu uncang kasut, emak aku jahit sendiri since 1999 kalau tak silap. Memang kami sentiasa guna yang itu, senang cam. Buku doa gantung pada leher semasa tawaf / saie. Aku pakai kasut? Ya, aku pakai kasut yang aku khususkan untuk pakai di dalam masjid sahaja, untuk tawaf dan saie sahaja. Ya, dibenarkan.


Sumber : facebook Nota Perempuan Backpacker

Untuk info lebih lanjut Panduan Umrah dan Haji yang lengkap dan terkini, download aplikasi UmrahHaji.com di GooglePlay, Apple Appstore, dan Apps Galeri

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *