skip to Main Content

PELAJAR MALAYSIA DAPAT BIASISWA TANPA HAD UNTUK PENGAJIAN ISLAM

Menjunjung kasih Gabenor Madinah, Yang Mulia Putera Faisal bin Salman bin Abdulaziz Al Saud yang telah menitahkan untuk saya melakukan kunjungan hormat Universiti Islam Madinah.

Saya disambut oleh Presiden Universiti Islam Madinah, Yang Mulia Putera Mamdouh bin Saud bin Thunayan Al Saud dan pihak pentadbiran universiti dengan sambutan yang amat baik.

Titah baginda, “Kami tak ucapkan ‘selamat datang’ kepada anda, tetapi kami ucapkan ‘selamat kembali/kepulangan terpuji dan terhormat’ kerana anda adalah alumni universiti ini…”

Beberapa berita gembira yang diputuskan oleh Presiden Universiti Islam Madinah hasil pertemuan semalam adalah:

✅ Program pertukaran pelajar Malaysia – Universiti Islam Madinah dalam bidang yang bersesuaian.
✅ Biasiswa tanpa had kepada pelajar Malaysia untuk mengikuti pengajian dalam bidang Syariah, Dakwah dan Usuluddin, Al-Quran dan Pengajian Islam dan Bahasa Arab.
✅ Biasiswa kepada pelajar Malaysia untuk mengikuti pengajian dalam bidang Kejuruteraan, Sains Komputer, Sains, termasuk Perubatan.

Antara kelebihan biasiswa itu ialah setiap pelajar akan diberikan kemudahan seperti elaun bulanan, perumahan, insurans perubatan dan tiket penerbangan.

Saya melihat tawaran ini mencerminkan hubungan erat di antara Khadimul Haramain al-Syarifain Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, Kerajaan Arab Saudi dan Kerajaan Malaysia dalam pelbagai peringkat termasuk pendidikan.

Insya-Allah saya akan mengambil tindakan segera untuk berbincang dengan pihak berkepentingan dalam urusan ini untuk menghantar pelajar terbaik Malaysia bagi mendalami pelbagai bidang ilmu di Kota Suci Madinah al-Munawwarah.

 

 


Sumber : facebook Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

 

Pakej Umrah & Haji Terkemuka di Malaysia
Platfrom inisiatif untuk membantu para bakal jemaah haji dan umrah yang dibangunkan oleh Akram Afifi Holdings Sdn Bhd. Ikuti kami di media sosial yang tertera di bawah.

Copyright © umrahhaji.com - All Rights Reserved.

Back To Top