skip to Main Content

PELANTIKAN DR. ESSAM BIN SAAD BIN SAEED SEBAGAI MENTERI HAJI DAN UMRAH

Jeddah: Raja Salman mengumumkan perubahan tampuk pemerintahan Arab Saudi dengan menggantikan beberapa menteri dan ketua organisasi negeri dari jawatan mereka, semalam.

Arab News melaporkan, Menteri Haji dan Umrah, Mohammed Saleh bin Taher Benten digantikan dengan Dr Essam bin Saad bin Saeed yang akan menyandang jawatan pemangku menteri bagi kementerian berkenaan.

Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, telah memerintahkan Dr. Essam bin Saad bin Saeed untuk menjalankan tugas Menteri Haji dan Umrah, selain pekerjaannya sebagai Menteri Negara dan Anggota Majlis Menteri. (Portal Kementerian Haji dan Umrah)

Dr. Essam bin Saad Bin Saeed memiliki ijazah doktor falsafah dalam bidang perundangan awam dari Cairo University dan ijazah sarjana dalam bidang perundangan perlembagaan dari universiti sama.

 


 

Sumber :

https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/03/683619/raja-salman-ganti-menteri-haji-dan-umrah & https://www.haj.gov.sa/ar/News/Details/12508 

Pakej Umrah & Haji Terkemuka di Malaysia
Platfrom inisiatif untuk membantu para bakal jemaah haji dan umrah yang dibangunkan oleh Akram Afifi Holdings Sdn Bhd. Ikuti kami di media sosial yang tertera di bawah.

Copyright © umrahhaji.com - All Rights Reserved.

Back To Top