PEMBESAR SUARA GENERASI PERTAMA MASJIDIL HARAM

Masjidil Haram mula mendapat bekalan elektrik pada tahun 1908.

Manakala sistem pembesar suara mula digunakan pada 1948 selepas beberapa perbincangan dan difatwakan harus oleh para ulama’.

Gambar-gambar di bawah adalah 2 unit pembesar suara generasi pertama Masjidil Haram.

Pembesar suara ini buatan Philips, jenis Line Array (Custom Made) yang boleh diguna secara bersendirian atau digabung menjadi unit yang lebih tinggi.

Berdasarkan logo Philips berwarna merah gelap itu yang hanya digunakan sehingga 1968, maka dapatlah dianggarkan tarikh speaker ini dibuat iaitu sekitar 1940-1968.

Pembesar suara ini dihenti tugas apabila projek pembesaran Masjidil Haram dan kawasan tawaf dimulakan pada 2012. Sistem analog ini diganti dengan sistem digital serba canggih dari jenama terbaik seperti JBL Intellivox, Acentech, Soundcraft dan sebagainya.

Saya terbayang kisah dari hadis Sahih Bukhari tentang tangisnya sebatang tamar setelah diganti mimbar baru.

Lokasi dan kedudukan sebenar speaker ini tidak dapat dikenal pasti. Namun ia mungkin terpasang di tiang-tiang Uthmaniyyah yang mengelilingi Kaabah berdasarkan binaannya yang jenis kalis cuaca/air.

Gambar kedua terakhir adalah gambar lapangan Tawaf di Masjidil Haram yang menunjukkan 2 unit Philips Line Array digabungkan untuk membentuk sistem line array yang lebih jauh ‘throw’nya.

Unit-unit speaker ini dihadiahkan oleh Konglomerat Saudi kepada Pengarah Urusan Mardhiyyah Hotel & Suites pada 2014. Sejak itu ia menjadi koleksi kesayangan beliau.

Namun selepas diberi nafas baru dengan restorasi dengan mengekalkan bentuk asli, speaker Philips Line Array ini kini bertugas semula di Surau Al-Latifah Mardhiyyah Hotel & Suites.

Sumber : facebook Ihsan Abu Iman

Untuk info lebih lanjut Panduan Umrah dan Haji yang lengkap dan terkini, download aplikasi UmrahHaji.com di GooglePlay, Apple Appstore, dan Apps Galeri.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *