skip to Main Content

PEMBUKAAN UMRAH DI PASCA PANDEMIK SUDAH MASUK KE FASA KETIGA

Ketibaan para pelaksana umrah dan jemaah solat di Masjidilharam malam tadi disambut dengan titisan air hujan dari langit. Sedikit sebanyak menyejukkan suhu dan suasana sekitar.

Lantai menjadi sedikit basah, namun tidak menghalang mereka untuk meneruskan ibadat yang tertangguh sejak 8 purnama lamanya. Rasa rindu ini mengenepikan segala perkara ringan yang mendatang.

Seronoknya solat dalam keadaan sejuk begini, kan? Teringat pula masa musim sejuk di sana. Lebih sejuk daripada duduk dalam bilik aircond. Hihi.

Kini pembukaan umrah di pasca pandemik sudah masuk ke Fasa Ketiga. Pintu antarabangsa sudah mula dibuka. Jumlah jemaah solat sudah dinaikkan ke 20,000 orang dalam masa sehari. Manakala 60,000 orang pelaksana umrah dibenarkan pada setiap hari.
Kementerian Haji & Umrah Arab Saudi juga telah menetapkan beberapa garis panduan yang mesti dipatuhi oleh setiap jemaah bagi tujuan kesihatan dan keselamatan bersama.

Antaranya ialah:

1. Membasuh tangan menggunakan sabun atau hand sanitizer tiap kali sebelum dan selepas ke masjid.
2. Warga emas dan pengidap penyakit kronik hendaklah solat di kediaman masing-masing sahaja.
3. Bawa mushaf peribadi untuk mengaji al-Quran. Boleh juga download aplikasi al-Quran ke telefon pintar masing-masing.
4. Masing-masing kena bawa sejadah dan jangan tinggalkan ia lepas selesai solat.
5. Pastikan jarak antara jemaah ketika solat kira-kira 2 meter.
6. Kanak-kanak di bawah umur 15 tahun tidak dibenarkan untuk dibawa bersama.
7. Pelitup muka mestilah dipakai sentiasa.
8. Siap berwuduk di rumah lagi.
9. Elakkan bersalam-salaman.
10. Jauhi tempat-tempat yang terlalu padat dengan jemaah seperti di laluan keluar masuk masjid.

Sejak 1 November lepas, sudah ada beberapa buah negara yang selamat tiba di Haramain bersama jemaah mereka. Kita tunggu pelepasan daripada kerajaan kita pula untuk memberikan kebenaran.

Ia satu keputusan yang besar memandangkan berkait dengan virus bahaya. Moga segalanya dipandu taufiq dan hidayah Allah SWT, insya-Allah.

 


 

Sumber : Facebook Najmi Farisham

 

 

Pakej Umrah & Haji Terkemuka di Malaysia
Platfrom inisiatif untuk membantu para bakal jemaah haji dan umrah yang dibangunkan oleh Akram Afifi Holdings Sdn Bhd.Ikuti kami di media sosial yang tertera di bawah.

Copyright © umrahhaji.com - All Rights Reserved.

Back To Top