1. Jemaah haji yang telah tawaf wada` dan sedang menunggu kenderaan, apabila masuk waktu solat dan mereka solat di lobi hotel atau di dataran luar Masjidi Haram secara berjemaah berimamkan imam Masjidil Haram solat itu bukan termasuk mazannah al-iqamah (tanda bermukim) di Makkah dan bukan melengah-lengahkan pemusafiran. Secara urufnya keadaan dan persediaan jemaah haji telah berada dalam keadaan bersedia untuk musafir dan tidak ada niat untuk bermukim. Oleh itu perbuatan solat tersebut tidak mewajibkan mereka mengulangi semula tawaf wada`.
2. Hukum tawaf wada’ bagi jemaah haji ada 2 kategori seperti di bawah.
i. Golongan yang tiada masalah dalam bab safar (musafir), Tempoh menunggu 8 jam. Tempoh ini adalah dalam keadaan biasa tanpa ada halangan atas sebab urusan berkaitan pemusafiran. Perkiraan masa 8 jam tersebut hendaklah dikira bermula dari masa jemaah haji sampai dibangunan penginapan setelah pulang dari tawaf wada’. Sekiranya Jemaah tidak keluar dari Makkah dalam masa 8 jam selepas tawaf wada’ bukan disebabkan masalah urusan berkaitan permusafiran, tawaf wada’nya dianggap telah batal dan perlu diulang semula.
ii. Golongan yang ada masalah dalam bab safar (musafir), Tempoh menunggu 24 jam. Tempoh ini adalah dalam keadaan dimana tawaf wada’ telah selesai, kemudian dalam tempoh 24 jam baru dimaklumkan kelewatan pergerakan kenderan keluar dari Makkah maka Jemaah tidak perlu mengulang semula tawaf wada’. Perkiraan masa 24 jam tersebut hendaklah dikira bermula dari masa Jemaah haji sampai di bangunan penginapan setelah pulang dari tawaf wada’.
Untuk info lebih lanjut Panduan Umrah dan Haji yang lengkap dan terkini, download aplikasi UmrahHaji.com di GooglePlay, Apple Appstore, dan Apps Galeri.