skip to Main Content

PINTU-PINTU MASJID NABAWI

Ketika Nabi berhijrah ke Madinah, beliau membangun masjid dengan tiga pintu.

Pertama, pintu bahagian selatan saat kiblat masih menghadap Baitul Maqdis di arah utara.

Kedua, pintu di bahagian timur yang dinamakan dengan Bab Nabi, juga disebut dengan Bab Utsman, yang kemudian dikenal dengan sebutan Bab Jibril.

Ketiga, pintu di sebelah barat yang dinamakan dengan Bab Atikah karena dekat dengan rumah Atikah binti Abdullah bin Yazid bin Muawiyah.

Sekarang pintu itu terkenal dengan nama Bab Ar-Rahmah. Bersamaan dengan perubahan arah kiblat, pintu bahagian selatan diubah, sehingga berada di bahagian utara Masjid Nabawi. Kedua kusen pintu bangunan ini menggunakan batu.

Ketika memperluas Masjid Nabawi, Khalifah Umar bin Khathab RA menambahkan tiga pintu, sehingga masjid ini memiliki enam pintu. Dua pintu berada di bahagian timur, iaitu Bab Jibril dan Bab An-Nisa’.

Pintu kedua disebut dengan Bab An-Nisa’ kerana perkataan Umar, “Andai saja kalian peruntukkan pintu ini untuk para wanita.” Dua pintu lagi berada di bahagian barat, iaitu Bab Ar-Rahmah dan Bab As-Salam. Dua pintu lainnya berada di bahagian utara yang tidak bernama.

Sementara pada masa kekhalifahan Utsman bin Affan, pintu-pintu Masjid Nabawi tetap sebagaimana pada masa Umar bin Khatthab. Perluasan kembali dilakukan pada masa Al-Mahdi Al-Abbasi (161-165 H), jumlah pintu ditambah menjadi 24 pintu: 8 pintu di bahagian timur, 8 pintu di bahagian barat, 4 pintu di bahagian utara, dan 4 pintu di bahagian selatan.

Pada masa Mamalik, sebahagian besar pintu ini ditutup dan hanya 4 pintu utama yang dirawat serta dijaga; Bab Jibril, Bab An-Nisa’, Bab As-Salam, dan Bab Ar-Rahmah. Pintu yang paling panjang dan indah adalah Bab As-Salam. Pintu ini memiliki daun pintu yang dibuat dari kayu. Di atasnya terdapat ukiran dari tembaga kuning.

Pada saat melakukan perluasan terhadap Masjid Nabawi, Sultan Abdul Majid (1265-1277 H) menambah 5 pintu di bahagian utara yang dikenal dengan Bab Al-Majid atau Bab At-Tawasul.

Perluasaan Saudi pertama tetap menjaga kelima pintu ini dan menambahkan 5 pintu yang serupa. Iaitu, Bab Malik Abdul Aziz, terletak di bahagian sayap timur pemisah antara dua halaman; Bab Malik Sa’ud yang berhadapan dengan Bab Malik Abdul Aziz di bagian barat; Bab Utsman dan Bab Umar yang berada di bahagian utara Masjid Nabawi.

Pada tahun 1408 H, pada masa Raja Fahd bin Abdul Aziz, dibukalah pintu baru di bahagian timur bangunan Sultan Abdul Majid yang dinamakan dengan Bab Baqi’ dan terletak berhadapan dengan Bab As-Salam.

Perluasan oleh Raja Fahd memasukkan sejumlah pintu modern ke dalam bagian pembangunannya. Iaitu Bab Umar, Bab Utsman, Bab Al-Majid, Bab Malik Abdul Aziz, dan Bab Malik Sa’ud. Pada bangunan yang baru, dibangun pula 7 gerbang masuk yang luas: 3 di bahagian utara, 2 di bagian selatan, dan 2 di bahagian barat.

Di setiap gerbang terdapat 7 pintu; 2 pintu saling berjauhan, dan di antara kedua pintu itu terdapat 5 pintu yang saling berdampingan. Pintu-pintu ini dibuat dari kayu yang diproduksi oleh pabrik kayu terbaik di dunia. Satu kayu lebarnya mencapai 3 meter dan tingginya 6 meter, dilapisi dengan perunggu (bronz), sehingga terlihat sangat serasi dan indah.

Di tengahnya tertulis dalam bahasa arab “Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam”, pada bagian atasnya terdapat panel batu tertulis firman Allah “Udkhuluha bisalamin aminin” (Masuklah ke dalamnya dengan aman sentosa).

Pintu Babussalam

Di Masjid Nabawi – Madinah juga terdapat pintu Babussalam, yang apabila kita masuk dari pintu tersebut akan melewati depan pintu makam Rasulullah SAW, dan keluar menuju makam Baqi. Para jemaah lelaki disarankan memasuki Masjid Nabawi melalui pintu Babussalam sambil membaca “Allahhumma Antassalam wa minka salam …”.

 


 

Sumber : facebook Haji Badal Murah

Pakej Umrah & Haji Terkemuka di Malaysia
Platfrom inisiatif untuk membantu para bakal jemaah haji dan umrah yang dibangunkan oleh Akram Afifi Holdings Sdn Bhd. Ikuti kami di media sosial yang tertera di bawah.

Copyright © umrahhaji.com - All Rights Reserved.

Back To Top