skip to Main Content

PROSEDUR SOP HAJI 1442H / 2021

Sepertimana yang semua telah maklum, Kerajaan Khadam Dua Tanah Haram baru sahaja mengumumkan bahawa ibadah Haji pada tahun 1442H/2021 hanya dihadkan kepada jemaah Haji dari kalangan rakyat dan juga penduduk tetap (pemukim/pemastautin tetap) Arab Saudi sahaja dari pelbagai bangsa dan warganegara.

Bilangan jemaah Haji pada tahun ini adalah seramai 60 ribu orang sahaja dari mereka yang berumur 18 hingga 65 tahun.

Terbaru Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi telah mengeluarkan poster pengumuman berkaitan aturan serta prosedur operasi standard atau (SOP) untuk pelaksanaan ibadah Haji pada tahun ini dalam beberapa bahasa antarabangsa termasuk bahasa Inggeris dan Indonesia.

Pusat Perunding Haji Furada (PPHF) ingin mengajak semua pihak terutama rakyat Malaysia yang beragama Islam agar terus berdoa dan beristighfar agar Allah mengangkat segala wabak penyakit yang sedang melanda dunia. Semoga kita semua dapat kembali menziarahi kedua Masjid Suci Umat Islam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi tercinta dalam masa terdekat.

In shaa Allah, harapan kita agar pelaksanaan ibadah haji pada tahun 1443H/2022 akan kembali seperti biasa.

#hajj2021
#Hajj1442

 

 

 


Sumber : https://www.facebook.com/hajifuradamalaysia/photos/pcb.2831737530489993/2831730197157393

Pakej Umrah & Haji Terkemuka di Malaysia
Platfrom inisiatif untuk membantu para bakal jemaah haji dan umrah yang dibangunkan oleh Akram Afifi Holdings Sdn Bhd. Ikuti kami di media sosial yang tertera di bawah.

Copyright © umrahhaji.com - All Rights Reserved.

Back To Top