skip to Main Content
+6019 419 1829

RAHSIA SISTEM PEMBESAR SUARA MASJIDIL HARAM YANG TIDAK PERNAH BERMASALAH

Bagi sesebuah masjid atau surau, sistem pembesar suara yang digunakan tidaklah terlalu kompleks, malah penyelenggaraannya juga tidak terlalu sukar dan tidak memakan kos yang tinggi.Secara matematik mudahnya, lagi besar sesuatu masjid atau surau itu, lagi mahallah sistem pembesar suara dan perbelanjaan untuk penyelenggaraannya. Pernahkah anda terfikir apakah “rahsia” di sebalik sistem pembesar suara di Masjidil Haram yang sentiasa berfungsi dengan baik dengan mengeluarkan bunyi yang cukup jelas?

Masjidil Haram yanng terletak di Mekah bukan sahaja salah satu daripada 3 tempat paling suci bagi orang Islam, tetapi juga antara masjid paling besar di dunia. Disinilah terletaknya Kaabah, iaitu kiblat bagi orang Islam. Keluasannya adalah sekitar 99 ekar. Sebagai perbandingan perspektif, sekiranya sebuah padang bola berkuran 2 ekar, maka keluasan Masjidil Haram adalah lebih kurang 50 buah padang bola sepak. Ini bermakna, suara Imam dan Bilal mestilah boleh didengari di setiap pelusuk kawasan berukuran 99 ekar ini.

Sebagai lokasi solat bagi jutaan manusia beragama Islam, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa rahsia di sebalik bunyi laungan Azan yang merdu dan memenuhi segenap pelusuk Mekah, adalah sistem bunyi dan pembesar suara yang dibangunkan oleh jurutera bunyi. Sekiranya anda pernah ke masjid atau surau untuk solat mahupun mendengar kuliyah, mungkin anda pernah mengalami pengalaman sistem pembesar suara di masjid atau surau tersebut tiba-tiba rosak, tidak mengeluarkan bunyi, mengeluarkan bunyi yang terlalu kuat/perlahan ataupun mengeluarkan bunyi nyaring tanpa sebab.

Walau bagaimanapun, masalah sebegini tidak pernah timbul di Masjidil Haram. Rahsianya?

Pernah tidak anda perasan daripada video-video laungan Azan atau ceramah yang berlangsung dalam Masjidil Haram ini, mikrofon yang digunakan bukanlah mikrofon biasa yang kita lihat. Sebaliknya, ia mempunyai 3 cabang mikrofon.Inilah rahsia pertama mengapa sistem pembesar suara di Masjidil Haram tidak pernah gagal. Setiap Imam yang mengimamkan solat, bilal yang melaungkan Azan dan Iqamah serta penceramah akan menggunakan mikrofon khas berwarna emas ini.


 


Ianya adalah mikrofon khas yang mempunyai 3 mikrofon berlainan padanya sebagai sandaran atau pengganti. Sekiranya mikrofon utama pada bahagian kanan menghadapi masalah, maka mikrofon kedua pada bahagian tengah akan berfungsi sebagai pengganti.Sekiranya mikrofon utama dan kedua bermasalah, mikrofon ketiga pada bahagian kiri akan berfungsi sebagai pengganti. Kebarangkalian untuk ketiga-tiga mikrofon untuk rosak adalah terlalu tipis dan hampir mustahil, menjadikan sistem mikrofon yang digunakan tidak pernah gagal dan sentiasa berfungsi dengan baik pada setiap masa.

Bagi khutbah atau ceramah pula, terdapat mikrofon tambahan yang akan diletakkan di stand, sedia digunakan sekiranya ketiga-tiga mikrofon mempunyai sebarang masalah. Pada setiap masa, terdapat juruteknik berpengalaman akan ditugaskan bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Ketika solat pula, terdapat mikrofon tambahan yang diletakkan pada 3 lokasi yang strategik. Ketika dalam posisi berdiri, terdapat 3 mikrofon yang diletakkan dan dilaraskan mengikut ketinggian Imam yang bertugas.

Seterusnya, terdapat 3 lagi mikrofon yang di;letakkan pada aras lutut Imam yang berfungsi ketika Imam rukuk dan duduk antara 2 sujud. Ketingiannya akan dilaras oleh juruteknik yang bertugas bergantung pada ketinggian Imam  bertugas agar suara yang optimum dapat dihasilkan. Seterusnya, 3 mikrofon akan diletakkan berhampiran dengan lantai, berfungsi ketika Imam sujud dan duduk antara 2 sujud. Jika dikiira, terdapat 9 mikrofon kesemuanya yang diletakkan pada 3 lokasi strategik.

Setiap lokasi ini mempunyai 3 mikrofon iaitu mikrofon primer, sekunder dan tertier. Memandangkan video solat di Masjidil Haram ditayangka secara langsung di seluruh dunia, jadi adalah sangat kritikal untuk memastikan suara Imam dapat didengar dengan lantang dan jelas setiap masa.Bagi memastikan setiap pelusuk Masjidil Haram dan kawasan sekitaranya mendengar suara Imam dan Bilal, ianya mempunyai sistem pemebesar suara terbesar di dunia. Dianggarkan 6000 unit pembesar suara digunapakai dan diiletakkan di tempat yang strategik.


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Bagi memastikan sistem bunyi dan pembesar suara yang sangat besar dan kompleks ini sentiasa dalam keadaan baik, maka 50 orang jurutera bunyi yang dedikasi telah diamanahkan untuk memikul cabaran yang mencabar ini. Mereka ini turut dibantu oleh juruteknik dan individu-individu sukarelawan untuk menyelenggara sistem ini. Begitulah unik dan sukarnya menyelenggaraan sistem pembesar suara di Masjidil Haram yang dipercayai tidak pernah gagal ini. Kosnya juga tentulah sangat mahal.

Bunyi yang dihasilkan oleh sistem pembesar suara ini mampu didengari dari jarak 9 km. Menariknya bunyi yang dihasilkan oleh sistem ini cukup jitu dan kalis angin, menyebabkan bunyinya cukup jelas daripada jauh sekalipun.


Sumber : https://iluminasi.com/bm/rahhsia-sistem-pembesar-suara-masjidil-haram-yang-tidak-pernah-bermasalah.html

Pakej Umrah & Haji Terkemuka di Malaysia
Platfrom inisiatif untuk membantu para bakal jemaah haji dan umrah yang dibangunkan oleh Akram Afifi Holdings Sdn Bhd. Ikuti kami di media sosial yang tertera di bawah.
Lain-lain

Copyright © umrahhaji.com - All Rights Reserved.

Back To Top