skip to Main Content

RINDUNYA MEKAH!

Rindunya Mekah!

Melihatkan betapa penuhnya Masjidilharam dan sekitar Kota Mekah ini dengan deruan jemaah, telahan aku bahawa ini suasana ketika musim haji.

Perhatikanlah,

Dataran tawaf, penuh!

Tingkat 1 Masjidilharam, penuh!

Tingkat 2 Masjidilharam, juga penuh!

Ruangan sutuh Masjidilharam pun penuh!

Itu belum nampak lagi ruangan saf di belakang-belakang sana. Dataran Masjidilharam di luar sana juga tidak kelihatan.

Nak tahu betapa penuh dan padatnya jemaah haji ketika hari perhimpunan paling agung itu, tengoklah di jalan raya dalam gambar. Yang kalian nampak memutih halus sampai ke binaan hotel di hujung sana, itu sebenarnya manusia.

Jemaah terlalu ramai sehingga melimpah ke jalanan. Waktu solat, ada yang solat di jalan raya, ada yang solat di kaki lima hotel, ada yang solat di celah bangunan dan kenderaan. Fuh!

Betapa umat menagih kasih Tuhan. Rela bersesak-sesak pada zahirnya semata-mata untuk melunaskan ibadat paling agung sekaligus melengkapkan Rukun Islam Kelima kita.

Semua saling fokus beramal ibadat. Solat semampu mungkin, puasa sebanyak mungkin, sedekah semaksima mungkin, mengaji sekerap mungkin, tawaf sunat seboleh mungkin. Segala amal ibadat dipulun penuh nikmat. Langsung tidak terganggh dengan dugaan kecil yang datang menempel.

Data statistik menunjukkan angka melebihi 4 juta jemaah yang hadir pada setiap tahun. Sungguh dahsyat! Namun semuanya dalam jagaan Tuhan, pemilik Baitullah ini.

Pernah terfikir?

Kawasan ini tidaklah penuh mewah dengan pepohon dan hutan belantara seperti kita di Malaysia. Namun dengan kehadiran jemaah seramai 4 juta ini, oksigen cukup secukupnya bagi tiap seorang. Dari mana datangnya?

Sedangkan kita semua belajar bahawa tumbuhan hijaulah yang menghasilkan oksigen untuk kita, di samping menyedut karbon dioksida yang sudah kita lepaskan. Masya-Allah, Tabarakallah!

 


 

Sumber : Facebook Najmi Farisham

 

 

 

Pakej Umrah & Haji Terkemuka di Malaysia
Platfrom inisiatif untuk membantu para bakal jemaah haji dan umrah yang dibangunkan oleh Akram Afifi Holdings Sdn Bhd. Ikuti kami di media sosial yang tertera di bawah.

Copyright © umrahhaji.com - All Rights Reserved.

Back To Top