skip to Main Content

SALJI TURUN DI ARAB SAUDI, GURUN SAHARA

PELIK tapi benar!

Ketika dunia dilanda salji dan ais di kebanyakan kawasan pada Januari ini, gurun di Afrika dan Arab Saudi turut tidak terkecuali.

Portal berita MailOnline pada Isnin melaporkan, fenomena berkenaan menyaksikan suhu terutamanya di wilayah Asir — di mana kawasan ini mencatatkan suhu – 2 darjah Celcius ekoran cuaca sejuk dan salji.

Suhu di bandar raya Riyadh, Arab Saudi adalah 14 darjah Celsius manakala Jeddah 21 darjah Celsius dan wilayah Tabuk di barat laut negara itu pula adalah pada tujuh darjah Celsius sekitar awal pagi Isnin.

Arab News dalam pautan terkini pada 10 Januari memaparkan sebuah video yang menunjukkan kawasan pergununan di Dahr diselimuti salji.

Sehubungan dengan perkembangan mengejutkan ini, portal berita Al-Arabiya turut melaporkan salji turun di kawasan pergunungan wilayah Asir seawal April, 2018.

Portal itu turut melaporkan seorang jurugambar, Karin Bouchetta telah merakamkan gambar salji di bandar kecil di kawasan pergunungan Atlas, Sahara dekat sempadan Maghribi iaitu Ain Sefra yang menunjukkan beberapa ekor unta diliputi salji pada Rabu lalu ketika suhu berada pada – 3 darjah Celsius.

 


 

Sumber : https://www.astroawani.com/berita-dunia/salji-turun-di-arab-saudi-gurun-sahara-278377?fbclid=IwAR1Dmh4g3lTI448tRWaJeKhso1FJVxpQdyuY8KWDNiJevbET9cYVzE7VPN4

Pakej Umrah & Haji Terkemuka di Malaysia
Platfrom inisiatif untuk membantu para bakal jemaah haji dan umrah yang dibangunkan oleh Akram Afifi Holdings Sdn Bhd. Ikuti kami di media sosial yang tertera di bawah.

Copyright © umrahhaji.com - All Rights Reserved.

Back To Top