Mukadimah Alhamdulillah, pada tahun ini iaitu pada 1439 H bersamaan 2018 masihi, acara manasik haji…

SAYA MENGALAMI ISTIHADAH & MENYUKARKAN SAYA UNTUK MENGULANGI WUDHUK. BOLEHKAH SAYA SOLAT JAMAK TAMAM DI MINA?
“Wanita istihadah yang melaksanakan solat jamak tamam dalam khemah semasa di Mina mengalami masyaqqah dan kesukaran mengulang wuduk semula untuk solat kedua(asar) selepas solat pertama (zohor) selesai, maka dia boleh bertaklid kepada mazhab Hanafi dan Hanbali yang berpendapat wanita istihadah wajib membaharui wuduk setiap kali masuk waktu solat fardhu bukan setiap solat fardhu dan sunat. Pendapat ini terpakai hanya ketika di Masya’ir sahaja.”