SEDEKAH ATAU UMRAH YANG LEBIH AFDHAL?

Soalan:

Mana yang lebih afdhal pergi ke Umrah atau sedekah kepada orang miskin dan orang yang memerlukan? Sekiranya tidak mampu untuk menggabungkannya..

Jawapan:

Alhamdulillah wassolatu wassalamu ala rasulillah wa ala alihi wasahbihi,

Sekiranya sedekah itu sedekah yang wajib, maka pastinya lebih baik daripada Umrah. Jika itu adalah amal sukarela, maka asasnya adalah bahawa Haji dan Umrah lebih baik daripadanya kerana di dalam ibadat umrah dan haji juga merangkumi membelanjakan wang (infaq dan sedekah) dan amalan-amalan yang lain, seperti tawaf, saie, zikir, solat , bertalbiyah …

Akan tetapi jika ada orang yang sangat memerlukan untuk diberikan nafkah atau jika dia mempunyai saudara-mara yang memerlukan, dalam keadaan tidak mampu menggabungkan infaq dengan, Haji dan Umrah dalam waktu yang sama, maka infaq lebih afdhal

Dalam kitab Kanz ad-Daqaiq mengatakan – dalam Mazhab Hanafiyyah –

حج النفل أفضل من الصدقة

Bermaksud : Ibadat Haji al- lebih baik daripada sedekah.

Disebut dalam kitab Mawahib al-Jalil “:

Malik ditanya tentang Haji dan sedekah , mana yang paling anda sukai?

Dia berkata: Haji, kecuali jika itu adalah tahun kelaparan.

Kata Syeikh al-Islam Ibn Taymiyyah pula dalam Kitab al-Ikhtyiarat : Jika dia mempunyai saudara-mara yang memerlukan, maka sedekah pada mereka lebih baik. Begitu juga jika ada orang yang wajib diberikan nafkah untuk mereka. Adapaun jika keduanya ibadat sukarela, maka Haji lebih baik, kerana itu adalah ibadah kewangan dan fizikal. Begitu juga ibadah korban dan akiqah adalah amalan yang lebih baik daripada sedekah.

Imam as-Shawkani berkata dalam Kitab Neil al-Awtarr ketikah menerangkan tentang hadis nabi :

Apakah amalan yang mana yang paling afdhol (lebih baik)? Lalu, baginda menyebut : Iman kepada Allah dan Rasul, kemudian jihad di jalan Allah, kemudian Haji. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kata Imam as-Shawkani tentang hadis ini : Sebenarnya ini adalah hujah bagi orang yang lebih suka menunaikan haji sunat daripada bersedekah. lihat Fatwa (hajj annaafilah – masukkan hyperlink).

 bagi orang yang melihat  keadaan negara hari ini, mereka akan mendapati banyak orang yang memerlukan untuk diberi infaq. Berapa banyak umat Islam di timur dan barat bumi yang tidak mempunyai makanan, minuman, dan tempat tinggal, jadi bersedekah kepada orang-orang seperti itu lebih baik daripada menghabiskan wang untuk Haji dan Umrah. Wallahua’lam.

Untuk info lebih lanjut Panduan Umrah dan Haji yang lengkap dan terkini, download aplikasi UmrahHaji.com di GooglePlay, Apple Appstore, dan Apps Galeri.