SEKIRANYA SUAMI TELAH DIPANGGIL MENGERJAKAN HAJI DALAM KEADAAN DIA MAMPU HENDAKLAH DIA MENYEGERAKANNYA

Soalan

Assalamualaikum,

Seorang isteri takut jika suaminya pergi menunaikan haji seorang diri, dia tidak akan mendapat peluang untuk menunaikan haji tanpa mahram. Jadi apakah dia berdosa jika dia meminta suaminya untuk menunggu sehingga dia dicalonkan (nama naik untuk pergi haji) juga?

Jawapan:

Alhamdulillah wassolatu wassalamu ala rasulillah wa ala alihi wasahbihi: sesiapa yang telah mempunyai kemampuan untuk mengerjakan haji, maka haji wajib ke atasnya, berdasarkan firman Allah Surah al-Ali Imran : 97

﴿ وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلاً وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ

Yang bermaksud : Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah bagi sesiapa yang mampu. Dan sesiapa yang kufur (ingat terhadap kewajipan haji itu) makan sesungguhnya Allah Maha Kaya (dan tidak berhajat pun apa-apa) dari sekalian makhluk.

Berdasarkan sabda nabi kerjakanlah haji sebelum terlewat.

(Diriwayatkan al-hakim dan al-baihaqi daripada hadis Ali secara marfu’)

Hadisnya menunjukkan supaya diwajibkan  haji untuk bersegera mengerjakannya. Apabila suaminya telah dicalonkan, dan dia dalam keadaan mampu, maka wajib ke atasnya haji dan haram melewatkannya.

Rasulullah saw bersabda :

Barangsiapa yang tidak mempunyai halangan sakit atau suatu keperluan yang mendesak, kekangan yang berat dan tidak dapat dielakkan, pemimpin yang zalim, lalu ia tidak menunaikan ibadah haji, maka meninggallah dalam keadaan Yahudi dan jika dia berkehendak dalam keadaan Nasrani.” (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Said bin Mansur dan Abu Ya’la daripada hadis Abu Umamah r.a.)

Isteri tidak boleh meminta suaminya untuk menunggunya sehingga dia mampu. Boleh jadi pada masa akan datang pada Ketika itu suami pula yang ada kekangan tidak boleh pergi haji.

Apa yang kita ketahui dari sistem undian adalah bahawa : jika seorang wanita jika telah dicalonkan mengerjakan haji, dia harus ditemani salah satu mahramnya, dan visa diberikan kepadanya untuk itu. Oleh itu, tidak perlu meminta suami untuk menunggu. Wallahu a’lam.

Untuk info lebih lanjut Panduan Umrah dan Haji yang lengkap dan terkini, download aplikasi UmrahHaji.com di GooglePlay, Apple Appstore, dan Apps Galeri.