skip to Main Content

SIAPA SANGKA NEGERI PADANG PASIR INI MEMPUNYAI TANGKI SIMPANAN AIR MINUMAN TERBESAR DI DUNIA?

Siapa sangka negeri padang pasir ini mempunyai tangki simpanan air minuman terbesar di dunia?

Briman Strategic Water Reservoir yang bertempat di Jeddah, Arab Saudi ini mempunyai sebanyak 11 buah tangki simpanan yang menelan kos SAR753.5 juta. Ia mampu menyimpan sejumlah 2,062,500 meter padu air.

Setiap satu tangki ini dibina dengan 120 meter diameter bersama 18 meter tinggi yang mampu menakung sebanyak 187,500 meter padu air.

Nak lebih mudah nampak betapa besarnya tangki ini, ia mampu memuatkan 2 buah pesawat Boeing 747 untuk kelebaran. Manakala 4 buah bas double-decker untuk ukuran ketinggiannya.

Boleh bayangkan? Hihi.

Nanti bila berpeluang naik kapal terbang melintas di ruang udara Jeddah, cubalah intai ke luar tingkap. Biasanya memang boleh nampak dari atas awan. Yelah, terbesar di dunia woih.

 


 

Sumber : facebook Najmi Farisham

Pakej Umrah & Haji Terkemuka di Malaysia
Platfrom inisiatif untuk membantu para bakal jemaah haji dan umrah yang dibangunkan oleh Akram Afifi Holdings Sdn Bhd. Ikuti kami di media sosial yang tertera di bawah.

Copyright © umrahhaji.com - All Rights Reserved.

Back To Top