skip to Main Content

SYEIKH DR. BANDAR BALILAH ANTARA YANG TERMUDA MENGANGGOTAI DEWAN ULAMA’ SENIOR NEGARA ARAB SAUDI

Antara yang termuda dilantik menganggotai Dewan Ulama’ senior negara Saudi -هيئة كبار العلماء.

Fadhilatu al Syeikh Dr. Bandar bin Abdul Aziz bin Saraj bin Abdul Malik Balilah حفظه الله

Dikala ini ramai yang mengenali salah seorang dari para Imam Masjid al Haram yang mempunyai bacaan yang merdu di tambah pula jika sekiranya beliau menjadi Imam di waktu subuh menggamit kerinduan untuk ke sana.

Syeikh Bandar Balilah dilahirkan pada tahun 1395 H/ 1975. Pada usia 47 tahun beliau kini dilantik sebagai salah seorang ahli Dewan Kibar Ulama’ Saudi yang baru iaitu suatu badan fatwa tertinggi di negara itu bermula pada bulan Oktober 2020 selepas Raja Salman memperkenankan rombakan semula Hai’ah kibar ulama’ dengan mengadakan lantikan ahli baru yang dikepalai Mufti Umum Arab Saudi.

Graduan dari Universiti Ummul Qura menyambung M.A dalam bidang Feqh Kuliyyah Syariah dan Pengajian Islam dan kemudiannya Ph.D dari Universiti Islam Madinah dalam bidang Feqh di Kuliyyah Syariah. Selain menjawat sebagai Imam dan Khatib di Masjid al Haram beliau juga merupakan Penolong Profesor di Universiti Toif.

Pada tahun lepas beliau menyampaikan khutbah hari Arafah di Masjid Namirah dan berkhutbah Idul Adha di Masjid al Haram. حفظه الله تعالى عنه.

 


 

Sumber : facebook Mohd Khairil Anwar

Pakej Umrah & Haji Terkemuka di Malaysia
Platfrom inisiatif untuk membantu para bakal jemaah haji dan umrah yang dibangunkan oleh Akram Afifi Holdings Sdn Bhd. Ikuti kami di media sosial yang tertera di bawah.

Copyright © umrahhaji.com - All Rights Reserved.

Back To Top