skip to Main Content

TERMETERAI TIGA MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ARAB SAUDI – MALAYSIA

Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatNya sempurna sudah segala kebaikan. Tanggal 25 Rejab 1442H / 9 Mac 2021 telah sempurna upacara menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Arab Saudi dan Malaysia.

Upacara bersejarah ini disaksikan oleh DYTM Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Bin Salman Aal Saud dan YAB Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tiga MoU telah ditandatangani oleh YTM Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan bin Abdullah dan YB Menteri Luar Malaysia, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein.

Ketiga-tiga MoU tersebut merangkumi:

1. Minit penubuhan Jawatankuasa/Majlis Koordinasi Arab Saudi – Malaysia.
2. MoU berkaitan penyertaan Haji dan Umrah dari Malaysia.
3. MoU dalam bidang Hal Ehwal Islam.

Semoga Allah permudahkan segala urusan menjayakan agenda-agenda bagi semua MoU yang telah dimeterai bersama.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

Sumber : Saudi Press Agency وكالة الأنباء السعودية

Pakej Umrah & Haji Terkemuka di Malaysia
Platfrom inisiatif untuk membantu para bakal jemaah haji dan umrah yang dibangunkan oleh Akram Afifi Holdings Sdn Bhd. Ikuti kami di media sosial yang tertera di bawah.

Copyright © umrahhaji.com - All Rights Reserved.

Back To Top