skip to Main Content

TH TELAH MEMBERI LESEN HAJI KEPADA 22 BUAH SYARIKAT PELANCONGAN TEMPATAN

Pada 27 Mac 2021 yang lalu, TH telah memberi lesen haji kepada 22 buah syarikat pelancongan tempatan termasuk anak syarikatnya Tabung Haji Travel & Services Sdn Bhd (THTS) untuk beroperasi sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi tahun 2021. 22 pelantik PJH ini adalah sebahagian daripada pelan persediaan awal haji yang dilakukan oleh TH.

Setakat hari ini, kerajaan Malaysia dan TH masih lagi menunggu makluman rasmi berkaitan urusan haji untuk 1442H/2021M daripada pihak berkuasa Arab Saudi.

TH berharap orang ramai sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga kerana TH tidak pernah melantik mana-mana individu sebagai ejen dalam hal-hal berkaitan tawaran haji dan pakej haji. Semua wakil PJH yang hadir pada majlis tersebut telah diberikan taklimat berkaitan norma baru pelaksanaan ibadat haji pada musim pandemik Covid-19.

Senarai PJH yang menerima lesen daripada TH boleh disemak di laman web rasmi TH (http://www.tabunghaji.gov.my)

 


Sumber : Official : Lembaga Tabung Haji

 

Pakej Umrah & Haji Terkemuka di Malaysia
Platfrom inisiatif untuk membantu para bakal jemaah haji dan umrah yang dibangunkan oleh Akram Afifi Holdings Sdn Bhd. Ikuti kami di media sosial yang tertera di bawah.

Copyright © umrahhaji.com - All Rights Reserved.

Back To Top