skip to Main Content

TIGA WIRID AL-QUR’AN DI TANAH SUCI

Sedutan dari kitab (مفاتيح للتعامل مع القرآن) karangan Sheikh Solah Abdul Fattah al-Khalidi hafizahullah

Seorang pembaca al-Qur’an mestilah menyediakan setiap harinya dengan tiga wirid harian. Jangan biarkan berlalu seharipun daripada hari-harinya tanpa tiga wirid ini sekalipun dibelenggu banyak kesibukan.

Wiirid Pertama: Wirid bacaan (ورد التلاوة). Membaca al-Qur’an tidak kurang daripada satu juzuk sehari sehingga dapat mengkhatamkan setiap bulan sekali khatam. Bacaan satu juzuk ini tidak mengambil waktu kita melebihi satu jam, bahkan kurang daripada itu sehingga setengah jam sahaja.

Wirid Kedua: Wirid hafazan (ورد الحفظ). Seorang pencinta al-Qur’an mestilah bersungguh-sungguh untuk menghafaz setiap hari paling kurang satu ayat atau dua ayat atau tiga. Ulang dan perelokkanlah hafalannya setiap hari sehingga apabila berlalu beberapa tahun dia telah menghafaz al-Qur’an sepenuhnya.

Wirid Ketiga: Wirid tadabbur (ورد التدبر). Iaitu mentadabbur atau memahami beberapa ayat tiap-tiap hari, paling kurang satu atau dua atau tiga ayat dengan melihat langkah-langkah tadabbur yang telah digaris penulis. Sehinggalah pentadabbur mampu meresap dalam jantung hatinya maksud al-Qur’an.

من أجل جيل قرآني فريد

Demi melahirkan generasi al-Qur’an yang unggul.


 

 


Sumber facebook :

ust. Abdul Rahim Al-Tanjuji
Pakej Umrah & Haji Terkemuka di Malaysia
Platfrom inisiatif untuk membantu para bakal jemaah haji dan umrah yang dibangunkan oleh Akram Afifi Holdings Sdn Bhd. Ikuti kami di media sosial yang tertera di bawah.

Copyright © umrahhaji.com - All Rights Reserved.

Back To Top