skip to Main Content
+6019 419 1829

TIPS MENGELAKKAN BAGASI ANDA HILANG!

“Ya Allah!”

“Ustaz, beg saya hilang! Tadi ada di sini. Mana perginya?”

“Ustaz, tolonglah saya, beg saya hilang. Tadi saya dah letak di tempat pengumpulan beg. Tapi sampai hotel, tak ada pula saya cari. Tolonglah ustaz, saya tak ada pakaian lain nak pakai. Telekung, sejadah, pakaian dalam, buku-buku, semua dalam beg itu ustaz!”

Pernah dengar situasi yang berlaku di atas ini? Atau tuan puan mungkin pernah alaminya sendiri?

Ini salah satu realiti yang berlaku. Dalam mana-mana kembara, yang paling kita tidak mahukan adalah beg kita rosak atau hilang. 

Jom kita tengok, apa cara patut kita buat supaya beg kita tidak hilang.

1) Mula-mula, pastikan beg kita ada label. Ada nama kita, ada nama grup kita, ada nama syarikat travel, ada no telefon, ada nama mutawwif dan ada destinasi. 

2) Pastikan label ini tak mudah koyak dan tak mudah tanggal. Kukuh dan mudah dilihat. Ada sesetengah travel letakkan label di bahagian bawah beg. Jadi susah nak dilihat, walaupun tujuannya nak elak mudah koyak.

3) Letakkan tanda-tanda yang memudahkan beg kita dicam dari jauh. Misalnya, ada baju atau sarung begnya, ada riben, ada tagging yang jelas (tapi tak mudah tercabut), ada tampal muka kita besar-besar (hehe, glamor satu kapal), dan sebagainya. 

4) Sebelum check in bagasi di KLIA atau di tanahair, ambil gambar beg kita terlebih dahulu. Simpan dalam handphone. Hal ini sangat berguna, misalnya jika beg kita hilang, kita mudah tunjukkan gambar dan brand beg kita. 

5) Pastikan beg kita ditag dengan tag bagasi yang betul semasa daftar masuk ke kaunter daftar masuk. Pastikan salinan tag beg kita disimpan dengan baik. Jika bergerak dalam kumpulan, biasanya ketua kumpulan atau mutawwif akan simpan tag bagasi tersebut. 

6) Sebaiknya, ambil perlindungan tambahan bagi bagasi kita. Ambil insurans atau takaful kembara, yang memberi perlindungan jika kehilangan atau kerosakan bagasi. Dokumen penting seperti tagging, tiket, pasport, surat pengesahan umrah, semuanya perlu disimpan dengan baik untuk membuat tuntutan. 

7) Elakkan membawa barangan terlarang di dalam bagasi. Misalnya membawa bahan menghakis, berbau, mudah pecah dan tumpah. Contoh klasik, membawa air zamzam di dalam beg kargo. Air zamzam ada risiko tumpah dalam penerbangan yang membolehkan berlaku litar pintas dalam badan pesawat. Bagasi seperti ini ada risiko ditahan atau tidak dibenarkan terbang. Juga risiko hilang dalam perjalanan atau kelewatan tiba.

8)  Pastikan sentiasa peka dan awasi bagasi kita. Meskipun jarang berlaku, tetap ada kemungkinan bagasi dicuri sama ada di penginapan, semasa proses loading atau unloading dan semasa di lapangan terbang. 

Baik. 

Itu serba sedikit tip nak elak beg kita hilang. Tapi bagaimana jika hilang juga selepas kita buat semua perkara di atas?

Ya, mesti redha dan usaha dapatkan semula. Istighfar atas semua kesilapan kata atau dosa tak sengaja kita. Mungkin ini ujian Allah nak beri pahala lebih kepada kita. 

Selalunya beg kita akan diperolehi semula, insya Allah,  namun mungkin mengambil sedikit masa. Amat jarang berlaku kes kehilangan abadi. 

Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang mahu pergi kembara dan pergi umrah. 

Abu Ahnaf
Jarang hilang beg. Tapi selalunya beg rosak.


Sumber : https://tiphajiumrah.blogspot.com/2020/11/tip-mengelakkan-bagasi-anda-hilang.htmlspref=fb&fbclid=IwAR0lFgloMEwmyR66hGGwSDH0b_u5NXV9B9eis7Kmv7Ak3Amf8B1EXKLxqec

Pakej Umrah & Haji Terkemuka di Malaysia
Platfrom inisiatif untuk membantu para bakal jemaah haji dan umrah yang dibangunkan oleh Akram Afifi Holdings Sdn Bhd. Ikuti kami di media sosial yang tertera di bawah.
Lain-lain

Copyright © umrahhaji.com - All Rights Reserved.

Back To Top