Maksud Dari Hadis Nabi صلى الله عليه وسلم: “Ya Allah, rahmatilah orang bercukur (saat tahallul)”…

WAKTU DARURAT (HAJI)
Had Larangan Dalam Ihram Yang Membolehkan Tidak Memakai Ihram Bagi Lelaki Selepas Daripada Berniat Ihram Haji (Dalam Masa Darurat)
Jemaah lelaki berniat ihram di miqat tanpa memakai pakaian ihram kerana menghadapi masalah dengan pihak berkuasa.
Jika berpakaian ihram ia akan menyebabkan jemaah tersebut tidak boleh memasuki Makkah. Dalam masalah ini dibolehkan tidak memakai pakaian ihram kerana masyaqah tersebut dan dikehendaki memakai pakaian ihram dengan segera apabila ia tiba di bangunan penginapan di Makkah.
Dia tidak berdosa tetapi dikenakan dam takhyir dan taqdir. Sekiranya ia melengah-lengahkan menukar pakaian ihram, dia berdosa.