WANITA ISTIHADAH

Wanita istihadah yang melaksanakan solat jamak tamam dalam khemah

semasa di Mina mengalami masyaqqah dan kesukaran mengulang wuduk

semula untuk solat kedua(asar) selepas solat pertama (zohor) selesai, maka

dia boleh bertaklid kepada mazhab Hanafi dan Hanbali yang berpendapat

wanita istihadah wajib membaharui wuduk setiap kali masuk waktu solat

fardhu bukan setiap solat fardhu dan sunat. Pendapat ini terpakai

hanya ketika di Masya’ir sahaja.

Untuk info lebih lanjut Panduan Umrah dan Haji yang lengkap dan terkini, download aplikasi UmrahHaji.com di GooglePlay, Apple Appstore, dan Apps Galeri.